Ubisoft sambut ulangtahun ke-30 dengan pemberian tujuh permainan percuma

Tahun ini, syarikat pengeluar permainan video terkemuka Ubisoft, akan memyambut ulangtahun ke-30. Bersempena itu, mereka mahu meraikannya bersama peminat, dengan memberikan tujuh tajuk permainan percuma.

Bermula dari bulan Jun sehinggalah Disember, satu tajuk permainan keluaran Ubisoft akan diberikan secara percuma setiap bulan. Tajuk pertama adalah, Prince of Persia: The Sands of Time yang dilancarkan pada tahun 2003.

Untuk mendapatkannya secara percuma, apa yang perlu dilakukan adalah mendaftar sebagai ahli The Ubisoft Club dan mempunyai akaun Uplay. Pastikan pada setiap bulan sehingga Disember, daftar masuk ke akaun The Ubisoft Club untuk mendapatkan semua tajuk permainan secara percuma.

Ulangtahun ke-30 Ubisoft UBI 30 - senarai permainaan percuma

Untuk tajuk permainan akan datang, dijangkakan ia adalah tajuk permainan klasik yang lama. Ada mana-mana tajuk yang anda inginkan? Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, layari lamanweb The Ubisoft Club dan dapatkan Prince of Persia: The Sands of Time sekarang.

[SUMBER]

%d bloggers like this: