Test Produk – OPPO F1 Plus, Pakar Penangkap Selfie

KELEBIHAN

+ Kamera Selfie 16MP
+ Pengimbas capjari terpantas
+ Pengecas terpantas VOOC

KEKURANGAN

– Prestasi kelas pertengahan
– Kamera belakang lambat menangkap gambar
– Kamera tiada OIS dan rakaman video 4K

Pengenalan

OPPO semakin dikenali ramai di Malaysia. Telefon pintar OPPO mula menjadi pilihan ramai pengguna. Selepas melancarkan empat model siri-R7 tahun lepas, awal tahun ini OPPO melancarkan telefon pakar selfie, OPPO F1. Ia mensasarkan kepada peminat selfie yang mahukan selfie terbaik dengan pantas dan mudah.

Tidak lama kemudian, OPPO menaiktaraf telefon pakar selfienya menjadi F1 Plus. OPPO Malaysia turut mendapatkan khidmat ratu selfie Malaysia, Nora Danish untuk memperagakan kehebatan selfie di F1 Plus.

Bagaimana prestasi F1 Plus dan kehebatan kamera selfienya? Teruskan membaca pengalaman kami menggunakannya.

Test Produk OPPO F1 Plus - depan belakang karpet hitam

 

[MUKA 2: Rekabentuk, Prestasi dan Kamera]

[nextpage title=”Rekabentuk, Prestasi dan Kamera”]

Rekabentuk

Telefon pintar OPPO F1 Plus direka dengan badan besi unibodi. Badan besi ini melengkung di sisi, menjadikan ia selesa digenggam. Badannya juga boleh dikategorikan sangat nipis, dengan ketebalan hanya 6.6mm. Badan besi yang nipis ini, terasa kukuh dan tegap dipegang.

Tetapi rekaan F1 Plus ini boleh dikatakan, mendapat inspirasi dari iPhone 6. Kamera belakangnya yang sedikit terbonjol terletak di sudut atas, bersama jalur antena di bahagian atas dan bawah. Kedudukan port mikroUSB 2.0, port audio 3.5mm dan pembesar suara di bawah telefon, menambah persamaannya dengan iPhone 6. Jika ia rekaan yang bagus, apa salahnya serupa.

Test Produk OPPO F1 Plus - sama dengan iPhone 6s

Tetapi di depan, F1 Plus dilihat agak serupa dengan Samsung Galaxy 6 pula. Ini kerana ia mempunyai butang fizikal berbentuk bujur di bawah skrin, yang turut bertindak sebagai pengimbas capjari. Butang Home fizikal ibarat tanda jenama kepada peranti Samsung Galaxy, kerana kebanyakan peranti Android lain menjadikan butang Home secara kapasitif atau di atas skrin.

Seperkara lagi, F1 Plus dipasang siap dengan pelindung skrin di atas skrinnya yang berukuran 5.5-inci. OPPO juga menyediakan case getah lutsinar di dalam kotak F1 Plus. Satu tambah nilai untuk F1 Plus.

Test Produk OPPO F1 Plus - tepi robot depan

 

Kuasa Dalaman

Kuasa F1 Plus digerakkan oleh CPU Mediatek Helio P10 8-teras berkelajuan 2.0GHz. Ia digandingkan bersama 4GB RAM beserta 64GB RAM, sesuai untuk simpanan ribuan gambar selfie. Jika tidak mencukupi, slot kad mikroSD sedia menerima storan tambahan.

F1 Plus menyokong dua kad sim dengan rangkaian 4G LTE. Tetapi slot kedua kad sim ini berkongsi tempat dengan kad mikroSD. Jika mahukan storan tambahan sementara, F1 Plus turut menyokong USB OTG.

Test Produk OPPO F1 Plus - about phone

F1 Plus menggunakan antaramuka terkini OPPO ColorOS 3.0, tetapi ia masih berjalan di atas sistem operasi Android 5.1 Lollipop. Tiada khabar bilakah ia akan menerima Android 6.0 Marshmallow.

ColorOS 3.0 dilihat agak berbeza dari sebelumnya. Ia lebih berwarna warni dan sangat menyerupai MIUI. Seperkara yang perlu diambil perhatian, ia tidak memiliki Apps Drawer. Jadi aplikasi terdapat di sebelah kiri muka utama.

 

Hayat Bateri & Pengecasan

Pengecasan adalah kehebatan muktamad OPPO. Teknologi VOOC OPPO dilihat masih terpantas masakini. Untuk F1 Plus yang memiliki bateri 2,850mAh, pengecasan penuh 0-100% mengambil masa hanya satu jam, atau kata lain 60 minit.

Test Produk OPPO F1 Plus - VOOC pantas mengecas

Pengecasan VOOC sangat pantas. Dari pengamatan kami, ia mengecas 25% dalam masa 10 minit, mencecah 45% dalam minit ke-20, 67% pada minit ke-30 dan 90% penuh pada minit ke-45. Cukup sejam, ia telah penuh 100%.

Tetapi pengecasan pantas VOOC memerlukan bukan sahaja kepala pengecas, tetapi juga kabel haruslah serasi VOOC. Bermakna peranti, kabel USB dan kepala pengecas haruslah semuanya serasi VOOC.

Test Produk OPPO F1 Plus - Pengecas VOOC dan kabel

Untuk jangka hayat bateri, F1 Plus memberi masa yang agak biasa. Dalam penggunaan yang sangat aktif, kami mendapat masa hidup 14 jam 46 minit, dengan masa skrin hidup 2 jam 53 minit. ColorOS 3.0 tidak memiliki pemantau hayat bateri sendiri, jadi kami menggunakan aplikasi GSam untuk memantau hayat bateri ini.

Test Produk OPPO F1 Plus - ujian bateri GSam

Sebagai tunjuk aras tambahan, kami menggunakan aplikasi ujian bateri Geekbench 3. F1 Plus bertahan selama 6 jam 51 minit, dengan markah 4,116 dicatatkan. Markah ini sedikit lebih baik dari vivo V3Max yang kami cuba sebelum ini. V3Max memiliki bateri sebesar 3,000mAh dan mencatat masa 6 jam 41 minit bersama 4,016 markah.

Test Produk OPPO F1 Plus - ujian bateri Geekbench 3

 

Prestasi

Kuasa tertinggi bukanlah ruang terbaik untuk F1 Plus. CPU Mediatek Helio P10 yang digunakan, boleh dikategorikan di kelas pertengahan sahaja. Jadi prestasinya sedikit kurang berbanding telefon pintar lain dalam julat harga yang hampir sama.

Dari ujian prestasi Antutu v6.1.4, F1 Plus hanya mendapat 51,979 markah. Manakala ujian prestasi Geekbench 3 pula, F1 Plus hanya mencatat 864 markah untuk satu teras, dan 3,304 markah bagi pelbagai teras.

Test Produk OPPO F1 Plus - ujian prestasi Antutu v6

Test Produk OPPO F1 Plus - ujian prestasi Geekbench 3

 

Pengalaman Penggunaan

Atas kertas, kuasa F1 Plus dilihat kurang bermaya. Tetapi jangan terpedaya dengan nombor sahaja. Penggunaan F1 Plus dalam kehidupan sebenar sangat memuaskan. Menjalankan pelbagai aplikasi serentak tidak memperlihatkan lengah yang nyata. Kami percaya, RAM sebesar 4GB membantu melancarkan perjalanan semua operasi F1 Plus.

Satu perkara yang sangat menarik perhatian kami, adalah pengimbas capjari F1 Plus yang sangat pantas. Berbanding dengan pengimbas capjari Galaxy S7 edge dan iPhone 6s, perbezaan kepantasan pengimbas capjari F1 Plus agak ketara. Hanya letakkan capjari dan ia terus membuka kunci skrin. Ibarat tiada kunci langsung.

Test Produk OPPO F1 Plus - pengimbas capjari dengan ibujari porsche

Tetapi penggunaan ColorOS 3.0 di F1 Plus, terdapat sedikit kecacatan. Rasanya ia berkaitan tetapan kebenaran aplikasi. Terutama sekali untuk aplikasi permesejan seperti Whatsapp dan Telegram, notifikasi sering tidak terpapar sehinggalah aplikasi tersebut dilancarkan. Pelbagai perubahan dibuat di tetapan tetapi masih bermasalah. Harapnya OPPO boleh memperbaiki masalah ini kerana ia tidak berlaku pada antaramuka telefon pintar lain.

 

Kamera

OPPO menghasilkan F1 Plus sebagai telefon pakar selfie, dengan menjadikan kamera depannya lebih baik dari kamera belakang. Kamera depan F1 Plus dilengkapi sensor ISOCELL 16MP berukuran 1/3.1-inci yang agak besar, bersama apertur sepantas f/2.0 untuk menghasilkan gambar yang cerah. Jika tidak cukup terang, ia turut memiliki tetapan ‘Screen Flash’ yang mencerahkan skrin ke tahap maksima sebagai sumber cahaya tambahan semasa selfie.

Test Produk OPPO F1 Plus - Screen Flash SelfieScreen Flash, cahaya tambahan untuk selfie

Berselfie menggunakan F1 Plus memang menyeronokkan. Gambar yang diambil pantas, dan sememangnya cerah dan jelas seperti yang dinyatakan. Paling utama, fungsi Beautify 4.0 menjadikan gambar selfie siap dimekap dengan kulit yang licin dan rupa lebih menawan. Cahaya dari ‘Screen Flash’ juga sangat membantu semasa mengambil selfie.

Selfie juga boleh ditangkap lebih mudah tanpa perlu sentuhan di skrin. Semudah menyebut cheese ataupun melambaikan tangan, F1 Plus boleh terus menangkap selfie. Lihat lebih banyak contoh gambar yang diambil, di Muka 3 Galeri Gambar.

Test Produk OPPO F1 Plus - Selfie 000 sendiri peace

Tetapi kamera belakang F1 Plus memberi pengalaman agak berbeza. Kamera belakang ini dibekalkan sensor 13MP bergandingan dengan apertur f/2.2, LED Flash dan autofokus pengesanan fasa (PDAF).

Ia memiliki tetapan HDR automatik, yang jarang kelihatan di telefon pintar biasa. Tetapi tangkapan HDRnya mengambil masa untuk diproses, dan memerlukan tangan yang stabil. Apatah lagi, kamera belakang ini tidak memiliki penstabil imej optikal (OIS). Tanpa HDR, tangkapannya agak pantas.

Masalah terbesar kamera belakang F1 Plus ini adalah, lambat menangkap gambar apabila ditekan. Apabila ditekan butang menangkap gambar di atas skrin, biasanya ia mengambil masa 1 saat untuk menangkap gambar. Ia tidak terus mengankap gambar apabila butang ditekan. Masalah ini membuatkan saat-saat penting sekelip mata, sering terlepas dari tangkapan. Sakit hati juga dibuatnya.

Test Produk OPPO F1 Plus - android selfie

Selain masalah ini, tangkapan gambar F1 Plus sangat memuaskan. Ia turut memiliki mod expert, yang memberi kawalan manual kepada pendedahan, iso, kelajuan penutup, dan fokus. Ia juga boleh menangkap gambar dalam mod RAW.

Untuk rakaman video, kedua-dua kamera depan dan belakang F1 Plus boleh merakam dalam resolusi 720p dan 1080p, tetapi dengan kadar bingkai 30fps sahaja.

Test Produk OPPO F1 Plus - tepi robot belakang

 

[MUKA 3: Kesimpulan dan Galeri Gambar]

[nextpage title=”Kesimpulan dan Galeri Gambar”]

Kesimpulan

Seperti namanya, F1 Plus memang layak digelar pakar selfie. Apatah lagi dengan storan sebesar 64GB, tidak perlu risau ruang storan akan penuh. Fungsi Beautify dan Screen Flash membuatkan tangkapan selfie sentiasa terbaik. Diiktiraf Nora Danish lagi tu.

Test Produk OPPO F1 Plus - duta Nora Danish

Tetapi F1 Plus bukanlah untuk mereka yang mahukan kuasa prestasi tertinggi. Walaupun dibekal 4GB RAM, ia hanya menggunakan CPU Mediatek kelas pertengahan.

Penggunaan kamera belakang yang selalu lambat menangkap gambar juga, membuatkan pengalaman penggunaannya sedikit tercalar. Jika tak kisah dengan kelajuan menangkap gambar, ia masih boleh menangkap gambar yang baik.

Dengan harga jualan RM1,898 di Malaysia, ia dilihat agak mahal dari biasa. Tetapi ia telah menjadi standard yang diletakkan OPPO sendiri, meletakkan harga premium kepada perantinya. F1 Plus bukan untuk pengguna biasa, tetapi kepada pengganas selfie yang mahukan tangkapan terbaik dengan pantas, bila-bila masa.

Test Produk OPPO F1 Plus - android dinding depan

 

Galeri Gambar Kamera

klik untuk gambar bersaiz asal

Test Produk OPPO F1 Plus - Selfie 002 Nora DanishBersama Ratu Selfie Malaysia, Nora Danish

Test Produk OPPO F1 Plus - Selfie 003 dengan Maya KarinBersama aktres dan duta iflix, Maya Karin

Test Produk OPPO F1 Plus - Selfie 003 dengan Trisha Kuck dan Swarna NaiduBersama hos Astro SuperSport, Trisha Kuck dan Swarna Naidu

Test Produk OPPO F1 Plus - Selfie 001 dalam wayangSelfie dalam panggung wayang yang gelap, dibantu Screen Flash

Test Produk OPPO F1 Plus - Selfie 004 ChachagoSelfie dengan teh buih Chachago di Taiwan

Test Produk OPPO F1 Plus - Selfie 005 makan texas chicken berjemaahSelfie berjemaah dengan Texas Chicken

Test Produk OPPO F1 Plus - Gambar Kamera 01 luar cerahSuasana luar bangunan yang cerah

Test Produk OPPO F1 Plus - Gambar Kamera 02 luar cerahSuasana luar bangunan yang cerah

Test Produk OPPO F1 Plus - Gambar Kamera 06 luar cerahSuasana luar bangunan yang cerah

Test Produk OPPO F1 Plus - Gambar Kamera 10 kereta renaultSuasana luar bangunan yang cerah

Test Produk OPPO F1 Plus - Gambar Kamera 04 luar malapSuasana luar bangunan waktu senja

Test Produk OPPO F1 Plus - Gambar Kamera 08 luar gelapSuasana luar bangunan waktu malam

Test Produk OPPO F1 Plus - Gambar Kamera 07 buah buahanBuah-buahan dibentuk bulatan

Test Produk OPPO F1 Plus - Gambar Kamera 03 kekKek Tiramisu Pisang di Dome

Test Produk OPPO F1 Plus - Gambar Kamera 05 manhattan fishPelbagai makanan di Manhattan Fish Market

Test Produk OPPO F1 Plus - Gambar Kamera 09 model makroGambar produk berjarak dekat

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: