Telefon Neffos paling besar, C5 Max tiba di Malaysia

TP-Link yang sedia terkenal sebagai penyedia peralatan rangkaian, telah melancarkan siri telefon pintar mereka, Neffos di Malaysia pada awal tahun ini. Ketika itu, TP-Link memperkenalkan dua model telefon pintar, Neffos C5L dan Neffos C5. Hari ini, mereka melengkapkannya dengan melancarkan model ketiga, Neffos C5 Max.

160628-neffos group photo

Seperti namanya, C5 Max adalah telefon terbesar dalam siri Neffos C5. Ia memiliki skrin HD penuh berukuran 5.5-inci, dilapisi kaca Corning Gorilla. Rupa luarnya tidak ubah seperti Neffos C5, dengan penutup belakang plastik yang boleh dibuka serta pembesar suara di belakang.

C5 Max dikuasakan CPU Mediatek MT6753 8-teras, bergandingan dengan 2GB RAM dan 16GB storan. Slot kad mikroSD tersedia untuk meluaskan storan sehingga 32GB. Ia memiliki dua slot kad sim mikro, yang sedia menyokong rangkaian 4G LTE.

160628-neffos rear front

Kamera belakang C5 Max menggunakan sensor 13MP f/2.0, bersama LED Flash dwi-tona. Kamera hadapan pula menggunakan lensa lebar 85-darjah yang merakam gambar sehingga 5MP.

Sistem operasi Android 5.1 Lollipop menjadi nadi penggerak C5 Max. Antara fungsi menarik padanya, adalah rakaman skrin panjang, atau dikenali sebagai ‘Long Screenshot’.

160628-neffos rear

Turut diumumkan dalam majlis pelancaran hari ini, ialah kerjasama eksklusif antara TP-Link dan 11street. Selama 3 bulan, kedua-dua jenama ini akan menjalankan kempen bersama untuk meraikan pengguna mendapatkan produk berkualiti.

Jika Neffos C5L berharga RM359 dan Neffos C5 pula RM539, abang besar Neffos C5 Max pula dijual pada harga RM699 di Malaysia. Ia ditawarkan dalam dua warna, putih dan hitam.

Khas dalam pelancaran hari ini, telefon pintar Neffos C5 Max akan dijual secara eksklusif di 11street sehingga 10 Julai 2016, bersama hadiah percuma berupa pembesar suara Bluetooth, Groovi Ripple. Bagaimanapun, ia hanya untuk 50 pembeli C5 Max yang terawal sahaja. Dapatkannya segera di sini.

TP-Link Neffos C5 Max - warna putih dan hitam

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: