Tak Sempat Masak Juadah Berbuka? 5 Idea Iftar Ini Untuk Anda

Ramadan 2016 berlangsung dari 6 Jun 2016 hingga 5 Julai 2016. Buat muslim yang bekerja di kota raya, lebih-lebih lagi yang sentiasa tidak sempat untuk pulang ke rumah untuk berbuka akibat kesesakan jalan raya, mereka lebih gemar berbuka di pejabat sebelum bergerak ke rumah untuk bertarawih. Sepanjang 30 hari peluang untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan, sudah tentu kelainan yang dicari dalam juadah iftar mereka.

Peniaga makanan di merata-rata mengambil kesempatan ini untuk menawarkan promosi juadah berbuka sambil bersedekah dengan memberikan potongan harga atau memperkenalkan hidangan khas bersempena bulan tersebut. Kami sempat menyenaraikan 5 tawaran makanan yang patut anda pertimbangkan untuk berbuka hari ini.


Foodpanda

Syarikat penghantaran makanan utama dunia yang beroperasi  di 24 negara ini meraikan Ramadan dengan menawarkan penghantaran percuma kepada pelaggan mereka sepanjang bulan Ramadan ini. Promosi ini berakhir pada 5 Julai 2016. Penghantaran percuma diberikan untuk setiap pembelian melebihi RM100.

Liputan perkhidmatan Foodpanda adalah luas, ia mencakupi kawasan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Putrajaya, Sunway, Subang Jaya, Puchong, Cyberjaya, Putra Jaya, Klang, dan Shah Alam

Berkunjunglah halaman Foodpanda Ramadan untuk membuat pesanan iftar anda.

ramadan offer foodpanda offer 02


Pizza Hut

Pizza Hut menawarkan promosi “Ramadan Special” yang berlangsung daripada 6 Jun hingga 5 Julai. Kami rasakan promosi “Double Box” adalah berbaloi sekiranya anda sudah muak mengunyah nasi dan ingin mengunyah roti. Set yang paling murah akan memberikan anda 2 keping pizza saiz sederhana, 2 sup cendawan dan 1 roti bawang putih pada harga RM40.30.

pizza hut double box promotion ads


Domino’s Pizza

“Pakar Penghantar Pizza” pula menawarkan sehingga 2 keping pizza terlajak besar pada penjimatan RM15 (harga biasa RM70 dan air percuma jika anda membuat pesanan pizza antara jam 6 hingga 11 malam. Maka, dengan hanya RM13.50 seorang, anda boleh beriftar dengan sekeping pizza regular. Tawaran sah untuk tempahan dalam talian atau bawa pulang.

Kecuali Sabah dan Sarawak, rangkaian penghataran Domino meliputi kebanyakkan bandar-bandar besar di Malaysia. Sila layari halaman rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

 

ramadan offer domino pizza


PappaRich

Dari Barat terbang ke Timur, restoran makanaan Malaysia yang diilhamkan oleh seorang usahawan dari Negeri Sembilan pada 1964 ini turut menyertai kemeriahan Ramadan. Jika anda tidak sempat untuk pulang ke rumah untuk beriftar kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya semasa hari kerja, bolehlah singgah ke mana-mana cawangan PappaRich terdekat di 11 negeri seluruh Malaysia.

Daripada jam 6 malam hingga 9 malam, diskaun 10 peratus akan diberikan keatas bil anda, sama ada makan di situ mahupun bawa pulang. Tawaran sah sehingga 5 Julai 215. Lawati laman rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

ramadan offer papa rich


OldTown White Coffee

Bersempena bulan puasa ini, Oldtown White Coffee hadir dengan promosi MyDulang pada harga serendah RM17.50. Tiga jenis makanan dalam dulang yang anda boleh pilih adalah seperti:

MyDulang bersama Ayam Berperisa Cili Thai + Soya Bandung Cincau + Buah Kurma @ RM 17.90
MyDulang bersama Rendang Ayam + Soya Bandung Cincau + Buah Kurma @ RM 18.90
MyDulang bersama Ayam Masak Merah + Soya Bandung Cincau + Buah Kurma @ RM 19.90

Promosi Ramadan OldTown White Coffee bermula 6 Jun 2016 hingga 10 Julai 2016. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman rasmi mereka.

ramadan offer oldtowwhitecoffee 2


[sumber gambar]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: