Pembayaran PayPal Kini Diterima Pada iPay88

iPay88 Sdn. Bhd. (iPay88), penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian utama di Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan penyedia khidmat pembayaran dalam talian terkenal dunia, PayPal untuk mempromosi dan memudahkan transaksi merentasi sempadan pengguna iPay88.

Perdagangan dalam talian merentasi sempadan tidak disangkal lagi membantu perniagaan terutamanya perniagaan kecil. Ia mewujudkan peluang untuk menjual barangan ke seluruh dunia. Kerjasama dengan PayPal membolehkan pengguna iPay88 memanfaatkan lebih 184 juta pengguna aktif PayPal dan kredibilitinya di lebih 200 pasaran.

160630-ipay88 payment option

PayPal kini menyertai 17 lagi saluran pembayaran yang ditawarkan iPay88

Menurut Pengarah Eksekutif iPay88, KL Chan, mereka memilih untuk bekerjasama dengan PayPal demi menaikkan nilai ePerniagaan Malaysia. Kerjasama itu memungkin kan SME menjalankan perniagaan mereka di pasaran global dan seterusnya mewujudkan satu aliran keuntungan yang baharu.

Pada masa ini, iPay88 berkhidmat untuk hampir 10,000 peniagan dalam talian termasuklah SME dan syarikat korporat besar di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang masih mempertimbangkan sama ada untuk menerokai sektor ePerniagaan atau tidak. Kerjasama ini akan menembusi pasaran tersebut dengan penawaran cara pembayaran dalam talian dan kredit kad.

Peniaga yang mempunyai akaun PayPal boleh melog masuk akaun mereka melalui iPay88. Pengesahan ID Peniaga akan dihantar kepada mereka dalam masa tiga hari bekerja sebelum mereka boleh menambah fungsi pembayaran menggunakan kad kredit kepada perniagaan mereka. Selain daripada proses pendaftaran yang pantas, mereka juga boleh menikmati urus niaga dalam pelbagai matawang. Hal ini memberikan peniaga akses kepada pasaran di seluruh dunia.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: