Pascabayar, Prabayar dan telefon serasi Yes 4G LTE

Akhirnya Yes hari ini memperkenalkan diri sebagai penyedia rangkaian LTE terbaru di Malaysia. Apakah pelan yang ditawarkan oleh Yes 4G LTE? Sama seperti syarikat telekomunikasi lain, Yes menawarkan pelan pascabayar dan prabayar, meliputi segenap lapisan pengguna.

Sebelum mula melanggan pelan Yes 4G LTE, semak dahulu senarai telefon pintar yang serasi digunakan. Ini kerana Yes 4G LTE menggunakan rangkaian TDD-LTE, berbeza dengan talian syarikat telekomunikasi Malaysia yang lain, yang menggunakn FDD-LTE. Setakat ini, ini ialah senarai yang dimaklumkan Yes, serasi untuk dimasukkan kad sim 4G LTE mereka:

  1. Yes Altittude
  2. Huawei P9
  3. Huawei P9 Plus
  4. Lenovo Vibe X3
  5. Lenovo Vibe V
  6. Lenovo A6010
  7. Lenovo Vibe P1
  8. Alcatel Shine Lite
  9. Alcatel Pixi
  10. Xiaomi Mi 5
  11. Xiaomi Redmi Note 3
  12. Xiaomi Mi Max
  13. Samsung Galaxy S7 edge
  14. Samsung Galaxy J1, 5 & 7

Pelancaran Yes 4G LTE - Mi 5 serasi

 

Pelan Pascabayar Yes 4G LTE

Yes menampilkan pelan pascabayar yang unik. Ini kerana pascabayar Yes menggabungkan data LTE dan Wimax dalam satu pelan, yang digelar Yes sebagai pelan ‘Double Double’. Ia ditawarkan dari serendah RM48 sebulan, yang memberikan pengguna 6GB data LTE dan 4GB data Wimax.

Tetapi untuk menggunakan data Wimax, pengguna haruslah memiliki modem Wimax. Ini memberi kelebihan kepada pengguna Yes Wimax sedia ada. Pelan Yes ini turut menawarkan pengguna, untuk memilih lebih data LTE atau lebih data Wimax.

Semua pelan pascabayar Yes 4G LTE memberikan panggilan & SMS tanpa had sesama talian Yes. Untuk panggilan ke talian lain, ia dikenakan caj 9 sen seminit, dan 9 sen setiap SMS.

160630-yes4g postpaid

 

Yes Altitude percuma dengan Pascabayar Yes 4G LTE

Pelancaran Yes 4G LTE - telefon Yes Altitude

Yes Altitude adalah telefon pintar yang dihasilkan Yes, disasarkan untuk memberi pengalaman VoLTE termurah kepada pengguna. Ia dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 410 4-teras, bersama 1GB RAM dan 8GB storan. Skrinnya sebesar 5-inci HD dengan bateri berkapasiti 2,300mAH.

Ia memiliki dua slot kad sim, yang menyokong rangkaian 4G LTE serta panggilan VoLTE. Harga jualannya ialah RM299 termasuk GST, tetapi boleh dimiliki percuma dengan melanggan pelan Postpaid 88 bersama kontrak 11 bulan.

160630-yes4g altitude bundle

 

Pelan Prabayar Yes 4G LTE

Yes 4G LTE turut menawarkan pelan prabayar. Pek permulaan prabayar Yes 4G LTE, dijual pada harga RM10 bersama GST. Ia disertakan 500MB data yang boleh digunakan selama 7 hari, beserta RM5 kredit. Ia turut memiliki internet asas percuma, yang boleh digunakan selama mana talian aktif.

Pelan pascabayar ini ditawarkan dalam bentuk harian, mingguan dan bulanan. Tetapi tiada kombinasi data LTE dan Wimax diberikan, hanya data LTE untuk pascabayar Yes 4G LTE.

Kadar panggilan dan SMS prabayar, adalah sama seperti pacabayar. Tiada had sesama talian, dan kadar rata 9 sen seminit serta setiap SMS, ke talian lain.

160630-yes4g prepaid

 

Jika anda sudah bersedia untuk melanggan talian Yes 4G LTE, layari lamanweb www.yes.my untuk maklumat lanjut.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: