Microsoft bakal belanja USD26.2 bilion untuk beli LinkedIn

433 juta pengguna yang sudah meletakkan portfolio masing-masing di platform media sosial khas untuk para profesional, LinkedIn bakal merasakan perubahan tidak lama lagi.

Ini kerana CEO Microsoft, Satya Nadella sudah mengumumkan niat Microsoft untuk membeli platform itu dengan harga bernilai USD26.2 bilion. Menurut laporan Reuters, ramai pemerhati berkata, ini antara gabungan syarikat-syarikat teknologi gergasi yang mungkin boleh mencapai sinergi yang lebih baik berbanding kebanyakan gabungan lain.

Bangunan LinkedIN

Dengan pengaruh Microsoft, perisian seperti PowerPoint dan Word boleh membantu LinkedIn untuk menawarkan perkhidmatan berkaitan pemasaran dan jualan, serta merekrut tenaga kerja ke platform itu.

Microsoft juga boleh menggunakan data LinkedIn untuk memperkasakan analisis, pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan, kata golongan pelabur.

LinkedIn ditubuhkan pada tahun 2002 oleh Reid Hoffman.

 

[SUMBER][GAMBAR]

 

%d bloggers like this: