Lanjutkan jaminan peranti Samsung dengan Smart Warranty

Anda menggunakan peranti Samsung, dan merasakan jaminan setahun tidak mencukupi? Takut telefon rosak sejurus lepas tamat tempoh jaminan setahun? Kini ia boleh dilanjutkan melalui program Samsung Smart Warranty.

Samsung Malaysia kini membenarkan jaminan dilanjutkan kepada dua tahun, semudah membeli pelan Smart Warranty. Dengan pelan ini, Samsung akan menyediakan servis baikpulih kepada peranti Samsung yang rosak, mengikut syarat dan terma.

Seperti biasa, jaminan ini hanya merangkumi kerosakan berkaitan isu teknikal sahaja. Ia tidak melindungi dari kerosakan akibat kecuaian pengguna seperti skrin retak dan masuk air. Ia juga adalah lanjutan jaminan, bermakna Smart Warranty hanya boleh dibeli dalam tempoh peranti masih dalam jaminan.

Sijil Samsung Smart WarrantyContoh Sijil Samsung Smart Warranty

Untuk melanggan Smart Warranty, pengguna perlu membayar RM49 atau RM99, bergantung kepada jenis peranti. Ia boleh didapati dari Pusat Servis Samsung Express terpilih, di seluruh Malaysia. Senarainya bolej dirujuk di sini.

Senarai penuh peranti yang boleh melanggan Smart Warranty ini termasuk Galaxy S7 terbaru, Galaxy Note5, Galaxy S6 dan beberapa jenis tablet. Senarai penuh peranti boleh dilihat di jadual di bawah. Maklumat lanjut boleh dirujuk terus dari lamanweb Samsung Smart Warranty.

Jadual harga peranti Samsung Smart Warranty

[SUMBER]

%d bloggers like this: