Kit Ramadan Untuk Telefon Anda

Ramadan edisi 1437 Hijrah telah menaikkan tirainya hari ini, seperti yang diumumkan oleh penyimpan mohor besar Majis Raja-Raja Malaysia, Dato’ Seri Syed Danial Syed Ahmad. Oleh sebab itu, kami di TheSkop ingin berkongsi dengan warga Muslim yang berpuasa 4 aplikasi yang sangat berguna dalam bulan puasa ini.

Ia bukan sahaja percuma, tetapi tidak sarat dengan iklan-iklan yang boleh menenggelamkan fungsi asal aplikasi itu.

 

1. Quran Bayan

Bank al-Rajhi bermurah hati mengedarkan aplikasi al-Quran digital kepada pengguna Android dan iOS untuk mereka mempertingkat bacaan kalam suci itu dalam bulan Ramadan. Walaupun percuma, ia tidak didatangkan dengan lambakan iklan.

kitramadan bayanquran

Antara ciri-ciri yang menarik pada aplikasi ini adalah terdapat 17 orang qari menyumbangkan suara. Daripada Abdul-Basit Abdul Samat, qari terkenal Mesir, hinggalah Saud Al-Shuraim, imam Masjidil Haram di Mekah, pengguna boleh memilih untuk mendengar secara dalam talian atau memuat turun untuk didengar semasa tiada sambungan Internet.

Terjemahan didatangkan dalam bahasa Inggeris dan 15 bahasa lain kecuali Bahasa Melayu. Jika ingin berkongsi sepatah ayat daripada sesuatu surah, terdapat butang berkongsi untuk disalin ke laman-laman sosial dan aplikasi permesejan. Fungsi mencari tafsiran juga ada jika kita ingin mencari ayat yang berkaitan dengan sesuatu perkara.

Satu kekurangan pada aplikasi ini adalah tiadanya pilihan untuk memperbesar tulisan. Oleh sebab itu, pengguna telefon yang lebih kecil mungkin menghadapi sedikit kesukaran untuk membaca. Muat turun aplikasi ini secara percuma di Android mahu pun iOS.


 

2. MySolat (Android)

Hadir daripada pembangun tempatan, MySolat memberikan maklumat tentang waktu solat harian kepada si pengguna. Tambah menarik, aplikasi ini mengambil data terus daripada e-solat, portal waktu solat yang dikelolakan oleh JAKIM sendiri. Maka, kita bolehlah meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap ketepatan waktu solat yang dipaparkan pada aplikasi ini.

kitramadan mysolat

Selain itu, ia hanya perlu bersambung ke Internet sekali sahaja iaitu semasa ingin memuat turun waktu solat. Ia akan memuat turun data untuk sebulan sekaligus. Selepas itu, ia akan berfungsi walaupun telefon kehilangan capaian Internet dan hanya memerlukan Internet pada 1 hari bulan setiap bulan untuk mengemas kini data waktu solat.

Setiap kali masuk waktu solat, ia boleh memberi notifikasi dalam bentuk azan atau pun bunyi-bunyi lain yang boleh ditetapkan oleh pengguna.

Pembangun juga memberikan aplikasi ini pilihan Live Widget untuk diletakkan di halaman pemuka telefon. Ianya kemas dan boleh diubah saiznya. Muat turun MySolat untuk Android.

 

3. Iman (iOS)

Iman adalah satu aplikasi untuk iOS yang mempunyai fungsi waktu solat dan ia bersumberkan data JAKIM.
kitramadan iman
Selain daripada antara muka yang bersih dan minimalistik, ia juga menggunakan font yang besar dan mudah dibaca. Fungsi seperti mencari arah kiblat sedia terbina dalamnya. Pengguna boleh menetapkan bunyi pemberitahuan untuk setiap waktu solat supaya mereka tidak terlupa.
Antara
fungsi yang unik pada Iman:

  1. Senarai masjid di sekitar lokasi pengguna
  2. Senarai tempat makan halal
  3. Mathurat digital
  4. Pengira tasbih
  5. Senarai 99 nama Allah.

Muat turun Iman di iOS.

 

4. MyJakim

MyJakim adalah aplikasi rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Aplikasi komprehensif ini padat dengan maklumat-maklumat yang berguna kita. Antaranya adalah:

  1. Maklumat waktu solat, masjid-masjid seluruh negara, dan fungsi mencari kiblat
  2. Koleksi 37,009 kemusykilan agama yang dijawab pihak JAKIM
  3. Maklumat logo halal JAKIM
  4. Direktori halal yang mengumpulkan semua nama pemegang sijil halal JAKIM
  5. 71 jenis doa harian
  6. Yasin & Tahlil digital
  7. Himpunan khutbah Jumaat rasmi yang dikemas kini setiap minggu.

kitramadan myjakim 1

kitramadan myjakim 2

Muat turun myJakim untuk Android dan iOS.

[sumber gambar]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: