HP Malaysia Taja Rumah Terbuka Pemenang Kempen ‘Ini Rayaku bersama HP’

HP menyertai bahang hari raya dengan pelancaran promosi raya mereka. Mereka menyediakan hadiah berjumlah RM50,000 melalui kempen ‘Ini Rayaku bersama HP’.

“Kempen promosi ‘Ini Rayaku bersama HP’ adalah salah satu usaha HP untuk bersama-sama warga Malaysia menyambut hari raya. Dalam kempen ini, pembeli produk HP berpeluang menerima banyak hadiah menarik setiap minggu dan satu hadiah utama. Hadiah utama kempen ini adalah sebuah majlis rumah terbuka yang ditaja sepenuhnya pihak kami!” kata Kym Lim, Pengarah Urusan, HP PPS Sales, Malaysia. HPI Ini Rayaku-A4

Bermula 11 Jun hingga 24 Julai 2014, setiap pembelian minimum RM300, anda berpeluang untuk menyertai kempen ‘Ini Rayaku bersama HP’. Sebanyak 18 hadiah akan diberikan sepanjang enam minggu tersebut. Hadiah utama yang berupa rumah terbuka tajaan sepenuhnya HP akan turut dihadiri oleh DJ terkenal Sinar FM, Salih Yaakob dan Feeya Iskandar bersama-sama sebuah TV LED 50″.

Cara menyertai kempen ini amat mudah, hanya rukuni langkah-langkah berikut:

LANGKAH 1: BELI

Beli produk komputer HP dengan nilai minimum RM300 antara 11 Jun hingga 24 Julai melalui pengedar HP yang sah mahupun “HP Online Store Malaysia

LANGKAH 2: HANTAR

SMS jawapan ke 66688 mengikut format SMS berikut:
hpraya<jarak>Jawapan<jarak>No.K/P<jarak>Nama Penuh
Soalan
: Bilakah tarikh akhir Peraduan ini? Jawapan: Tarikh/Bulan/Tahun
Contoh: hpraya 11052016 801205106799 Muhd Faiz Bin Sabri

LANGKAH 3: PENGESAHAN

Sila simpan resit asal sebagai bukti pembelian. Penyertaan yang berjaya disenaraipendekkan akan dimaklumkan melalui telefon untuk tujuan pengesahan.

Maklumat lanjut tentang kempen ini boleh dirujuk di laman facebook HP Malaysia.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: