HKD 2, Pesaing HTC Vive Yang Sekali Ganda Lebih Murah

OSVR, sebuah kesatuan yang ditubuhkan oleh Razer dan Sensics untuk bangunkan ekosistem realiti maya, kini bersedia untuk memperkenalkan satu piawaian baharu dalam dunia VR. Set VR Hacker Development Kit (HKD2), adalah hasil kerjasama antara mereka. Ia dikatakan boleh menandingi prestasi set VR terulung masa ini, Oculus Rift dan HTC Vive tetapi pada harga jauh lebih murah.

Yang membezakan HDK 2 berbanding HYC Vive dan Occulus Rift adalah kanta paparannya direka khas untuk memberikan imej yang jelas dan tajam. Ia bergandingan dengan sepasang paparan OLED dengan kadar refresh setinggi 90Hz pada resolusi 2160 x 1200. Terdapat juga teknologi Image Qualiti Enhancer (IQE) yang unik untuk mengurangkan kesan screen door, situasi apabila  pengguna dapat membezakan bentuk piksel paparan kerana telah diperbesar oleh kanta.

Dalam hal yang berkaitan, Razer juga sedang beursaha untuk mewujudkan sebuah ekosistem terbuka buat perkakasan teknologi maya, berbeza dengan pembangun sedia ada seperti Oculus dan HTC yang sedaya upaya mengekalkan pengguna dalam ekosistem tertutup.

160620-hdk 2 specification

HDK 2 akan mula dijual bermula julai ini pada harga $399 (RM1624.71). Set kepala VR versi terdahulu, HDK 1.4 akan terus dijual kepada pengguna pada harga $299 (RM1217.51).

160620-hdk 2 perbandingan spesifikasi

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: