Dapatkan Kandungan Islamik Digital Melalui peacebeuponyou

Syarikat pembangun aplikasi mudah alih tempatan, Madcat World Sdn. Bhd. (Madcat), telah melancarkan satu aplikasi yang menyediakan kandungan berbentuk islamik kepada pengguna. PeaceBeUponYou (PBUY) adalah sebuah platform yang memberi inspirasi dan maklumat dalam bentuk digital bagi meningkatkan penghayatan muslim terhadap Islam.

pbuy combined 01

Antara maklumat yang boleh diperoleh pengguna apabila menggunakan aplikasi ini adalah:

  1. Quote of the day memaparkan petikan kata-kata motivasi dan hadis. Ia boleh dikongsikan kepada laman-laman sosial menggunakan butang ‘Share’. Sebelum berkongsi, kandungan tersebut boleh disunting jenis teks dan latar belakangnya agar lebih menarik.
  2. LifeQ adalah himpunan soal jawab berkaitan cara hidup Islam. Himpunan tersebut dikategorikan mengikut jenis seperti wanita, keluarga, fikah, adab, sosial, dan trivia.
  3. LifeBytes menyediakan tazkirah harian dalam bentuk teks dan video. Kandunganya berubah daripada hari ke hari bagi memastikan kesegaran.
  4. LifeFlavore pula mengimpunkan doa dan amalan harian. Ia dipersembah dalam bentuk teks, audio, atau video.
  5. Waktu solat. Namun begitu, data yang diperoleh bukanlah daripada pihak berautoriti tempatan dan waktu solat mungkin berbeza.
  6. E-Halal mengumpulkan senarai bahan aditif halal yang biasanya hadir dalam makanan. Data status halal yang digunakan diambil daripada pihak JAKIM.

pbuy combined 02

Pada masa hadapan, pihak MadCat World merancang untuk menyediakan isi kandungan dalam Bahasa Indonesia bagi mensasarkan negara paling ramai pegganut Islam di dunia. Aplikasi PBUY adalah percuma dan boleh dimuat turun di Play Store. Versi iOS dijangka akan dilancarkan pada bulan hadapan.

Layari laman rasmi pembangun PBUY di: http://www.madcatworld.com/cms/
L
aman rasmi aplikasi PBUY: http://peacebeuponyou.com.my/

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: