ASUS ROG Strix tampil membawa GeForce GTX 1080 di Malaysia

Nikmati prestasi grafik terhebat dari Nvidia, bersama pengumuman terbaru dari ASUS Malaysia. Kad grafik ASUS Republic of Gamers (ROG) Strix GeForce GTX 1080, kini tiba di Malaysia dan sedia mencari pengguna yang dahagakan kuasa grafik terhebat.

ASUS Malaysia melancarkan kad grafik ASUS ROG Strix GeForce GTX 1080 yang dilengkapi mod OverClock, memaksa kelajuan setinggi 1,936MHz untuk prestasi sehingga 7% lebih baik dari model GeForce GTX 1080 biasa. Ia juga adalah kad grafik yang sedia digunakan bersama permainan realiti maya (VR).

ASUS ROG Strix GeForce GTX1080 - sisi atas

ASUS melengkapkan banyak teknologi hebat ke dalam kad grafik ini. Antaranya sistem penyejukan DirectCU III dengan tiga bilah kipas yang dipatenkan, menghasilkan peredaran udara 30% lebih sejuk dan 3x lebih senyap.

Turut disertakan adalah sistem pencahayaan Aura RGB. Ia memberikan sistem komputer lebih sentuhan peribadi, dengan pilihan jutaan warna dan enam efek khas untuk dipamerkan di kad grafik tersebut.

ASUS ROG Strix GeForce GTX1080 - Aura RGB

Kad grafik ASUS ROG Strix GeForce GTX 1080 bukan sahaja sedia VR, malah ia mesra VR. Dengan dua port sambungan HDMI, pengguna boleh menghubungkan peranti VR bersama paparan sekaligus. Tidak perlu mencabut kabel paparan atau peranti VR bila mahu digunakan.

ASUS menjadikan tetapan kad grafik dan overclock lebih mudah menggunakan perisian GPU Tweak II. ASUS turut memberikan langganan premium XSplit Gamecaster bernilai USD99 (~RM400) percuma selama setahun. Pengguna boleh merakam video dan menstrim perainan mereka dengan mudah.

Kad grafik ASUS ROG Strix GeForce GTX 1080 dengan mod OverClock dijual pada harga RM3,779 di Malaysia. ASUS turut menjual ASUS ROG Strix GeForce GTX 1080 tanpa mod OverClock, pada harga RM3,619 sahaja.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: