Walaupun Bersaiz Kecil Sophos Clean Punyai Fungsi Besar

Sophos, sebuah syarikat keselamatan digital berpengkalan di England, hari ini melancarkan satu perisian untuk mengesan dan menyembuhkan perisisan hasad (malware) dariapda sistem komputer, Sophos Clean. Ia adalah pengesan perisian hasad generasi terbaharu yang boleh mengesan jika terdapat risiko jangkitan.

Tidak seperti perisian keselamatan yang lain, Sophos Clean boleh bekerja selari dengan sebarang perisian keselamatan sedia ada dengan memberikan pandangan kedua untuk dibandingkan dengan hasil analisis daripada perisian yang pertama. Risiko ralat positif dapat dikurangkan apabila kita mendapat maklumat lebih daripada satu perisian.

Jika sesuatu file tidak boleh diselamatkan, ia akan terus membuang jangkitan pada sistem operasi dan menggantikan fail Windows yang rosak dengan versi yang baharu. Hal ini kerana, polimorfisme sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan virus masa ini. Apabila menjangkiti sistem, ia akan membenamkan diri sendiri jauh di dalam sistem dan bertukar ke dalam pelbagai bentuk bagi memastikan kelangsungannya. Tetapi kecanggihan Sophos boleh membuang semua jangkitan walaupun sukar dikesan.

Perisian Sophos Clean hanya sebesar 11MB dan boleh dijalankan terus dari pemacu kilat USB, CD/DVD atau rangkaian setempat. Ia tidak meninggalkan sebarang kesan pada sistem yang diperiksanya. Inilah yang menjadikan Sophos Clean unik. Sangat penting untuk menjalankan perisian pengesan malware daripada luar kerana berkemungkinan antivirus dalam sistem itu sendiri telah dijangkiti.

Ujian percuma selama 30 hari disediakan pihak Sophoes. Sophos Clean adalah satu perisian mampu milik untuk sebarang saiz syarikat. Sebut harga boleh diperoleh di laman web Sophos.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: