Ujian ketahanan bateri Huawei Mate 8

Share Button

[artikel ini dibawakan kepada anda oleh telefon pintar Huawei Mate 8, bateri yang tahan lebih lama]

Telefon pintar telah menjadi satu keperluan masa kini. Penggunaannya meliputi hampir seluruh gaya hidup seharian. Dari bangun tidur, pergi ke pejabat, sehingga tidur semula. Malah, ia mungkin terus berfungsi semasa waktu tidur.

Penggunaan media sosial yang pelbagai, pencarian maklumat di internet, mendengar lagu, menonton video, bermain games, bantuan navigasi semasa memandu, semua perkara ini dilakukan di telefon pintar. Memang kuat makan tenaga bateri.

Disebabkan ini, powerbank telah menjadi teman setia kedua di dalam beg tangan, selepas telefon pintar.

Bagi mengurangkan beban membawa powerbank, di samping memastikan penggunaan yang berpanjangan, Huawei telah menghasilkan telefon pintar Mate 8. Dengar khabar, daya tahan baterinya sangat panjang.

Untuk mengesahkan khabar angin ini, kami menguji sendiri ketahanan bateri Mate 8.

Dalam ujian bateri ini, kami telah menguji 4 aspek berbeza dalam penggunaan peranti seharian. Dalam kempat-empat ujian ini, kami mengenalpasti apa yang boleh bateri Mate 8 sebesar 4,000mAh dapat lakukan.

Pertama, ujian kepantasan pengecasan, diikuti memainkan video, seterusnya bermain games dan akhir sekali, mengecas iPhone SE menggunakan Mate 8.

1. Ujian Kepantasan Pengecasan

Huawei Mate 8 advert 2 - 001 pengecasan pantas

Bateri 4,000mAh adalah kapasiti yang sangat besar untuk telefon pintar. Biasanya, mengecas bateri sebesar ini mengambil masa yang sangat lama. Contohnya, Redmi Note 3 yang memiliki kapasiti bateri yang sama, mengambil masa 2.5 jam untuk mengecas dari 0% ke 100%, dengan pengecas yang datang bersamanya. Bagaimana pula dengan Mate 8?

Pengecas Mate 8 dilengkapi pengecasan pantas 9V/2A. Dari ujian kami, kelajuan pengecasan Mate 8 adalah seperti berikut:

30 minit – 35%

60 minit – 70%

90 minit – 94%

110 minit – 100%

Tak sampai 2 jam pun, Mate 8 telah dicas penuh. Malah, dalam masa 30 minit ia telah pun 35% penuh. Dari ujian kami lagi, 35% cas penuh ini membolehkan penggunaan selama 9 jam, dengan masa skrin hidup 1.5 jam.

2. Ujian Tayangan Video

Huawei Mate 8 advert 2 - 002 tonton video

Dalam kehidupan seharian, secara kasarnya rakyat Malaysia menonton video selama satu jam sehari. Beberapa minit di dalam LRT, beberapa minit lagi menunggu giliran di bank, dan beberapa minit lagi semasa makan tengahari.

Bagaimana dengan Mate 8? Kami mengujinya dengan melancarkan aplikasi penstriman video iflix, dan menonton video selama 1 jam dengan kecerahan maksima dan bunyi paling kuat. Hasilnya?

Mate 8 hanya menggunakan 17% tenaga bateri walaupun menggunakan data mudahalih tanpa wifi, tetapi GPS dihidupkan, kecerahan tertinggi sambil menstrim video. Pasti hasilnya lebih baik jika kecerahan ditetapkan secara automatik, dan bunyi perlahan sedikit.

3. Ujian bermain Games

Huawei Mate 8 advert 2 - 003 main games asphalt 8

Walaupun ramai sebenarnya bermain games mudahalih di telefon pintar dengan masa yang panjang, kami membuat ujian ini hanya selama 1 jam. Games pilihan kami adalah Asphalt 8, permainan lumba kereta dengan grafik intensif, pada kecerahan tertinggi dan bunyi terkuat sekali lagi.

Telefon pintar menjadi sedikit panas selepas beberapa pusingan perlumbaan. Tetapi selepas sejam bermain tanpa henti, ia hanya memakan 21% tenaga bateri sahaja. Bukan ini sahaja, sepanjang bermain games, GPS, data mudahalih dan WiFi kekal hidup.

Ini satu pencapaian yang agak bagus. Selepas satu jam bermain games, dan disambung satu jam lagi menonton strim video, Mate 8 masih memiliki 62% bateri untuk banyak lagi kegunaan lain.

4. Mengecas iPhone SE secara OTG

Huawei Mate 8 advert 2 - 004 pengecas USB OTG

Satu perkara yang sering dibanggakan Huawei di Mate 8, adalah menjadi adiwira penyelamat kepada mereka yang kehabisan bateri, melalui pengecasan OTG. Salah satu peranti yang sering menghadapi masalah ini adalah iPhone. Jadi kami mengujinya dengan iPhone Se yang memiliki bateri berkapasiti 1,624mAh.

Menggunakan kabel OTG yang disambung terus dari Mate 8 ke iPhone SE, tiada apa yang perlu dilakukan kerana ia terus mengecas iPhone SE tersebut. Sebagai peringatan, mengecas menggunakan OTG bukanlah cara yang efisyen. Jika boleh, terus mengecas menggunakan pengecas dinding.

Berbalik kepada ujian, dalam masa 50 minit, iPhone SE telah dicas 23%. Apabila iPhone SE telah mencapai 80% penuh, Mate 8 masih memiliki 41% bateri. Dari kira-kira kami, 41% yang tinggal ini memang cukup untuk penggunaan seharian, ataupun sehingga anda berjumpa soket dinding untuk mengecas semula.

 

Kesimpulan

Prestasi bateri yang ditunjukkan Mate 8 ini memang sangat bagus. Sukar untuk ditandingi mana-mana telefon pintar lain. Jika anda sering rungsing memikirkan masalah jangka hayat bateri, Mate 8 sememangnya pilihan terbaik. Hidup bahagia tanpa perlu mengecas dari bangun tidur, sehingga kembali ke kamar beradu.

Comments

Apa komen anda?