Twitter Perbaik Polisi 140 Aksara Bermula Bulan Hadapan

Sewaktu bermula, Twitter mengehadkan jumlah aksara dalam setiap utusan kepada 140 sahaja. Tetapi pada hari ini, Twitter telah menjadi satu saluran yang digunakan amat meluas untuk ekspresi diri dan menjalinkan idea antara satu sama lain.

Oleh sebab itu, Twitter dalam satu utusan mereka mengumumkan pengenalan satu penambahbaikkan terhadap polisi 140 akasara sedia ada. Ia membolehkan pengguna Twitter menggunakan sepenuhnya kuota aksara dalam melontarkan idea. Perubahan yang dimaksudkan mereka adalah:

  1. Apabila membalas Tweet, petikan nama pengguna (@pengguna) tidak akan menggunakan kuota aksara.
  2. Semasa mengepilkan media seperti animasi GIF, video, atau undian, URL sumber tidak akan dikira sebagai aksara.
  3. Butang Retweet akan diperkenalkan pada utusan pengguna sendiri. Oleh sebab itu, pengguna tidak perlu mengutus semula gagasan yang serupa berulang kali.
  4. Bagi meringkaskan sintaks, Tweet yang bermula dengan nama pengguna akan sampai ke semua pengikut pengguna tersebut (tidak perlu lagi menggunakan “[email protected]”). Apabila pegguna Retweet utusan berkenaan, ia boleh dilihat oleh semua pengikutnya.

Semua penambahbaikkan tersebut akan mula dikuatkuasakan bulan hadapan. Mereka mengumumkan lebih awal agar semua pengguna dan pembangun boleh bersiap sedia dengan kehadiran pembaharuan ini.

[sumber]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: