|TIPS| Imbas Dokumen Segaya Bos Dengan Telefon Pintar

camscanner iconPada masa dahulu, jika kita ingin mendigitalkan sesuatu dokumen, kita memerlukan sebuah pengimbas. Pengimbas secara teknikalnya adalah sebuah kamera digital alang kerana ia mempunyai perkakasan seperti sensor cahaya, lensa, lampu kilat (flash). Tetapi mekanisme menangkap gambarnya sedikit berbeza.

Jika kamera digital menghasilkan gambar dengan mendedahkan sensor yang akan mengumpul cahaya hasil pembiasan lensa, sebuah pengimbas menghasilkan gambar dengan mengumpul cahaya baris demi baris sesuatu subjek untuk menghasilkan satu gambar lengkap.

Maka, disebabkan kemajuan teknologi kamera digital pada masa ini, sebuah kamera digital termasuklah yang ada pada telefon pintar mampu bertindak sebagai pengimbas bersaiz poket. Contohnya apps CamScanner keluaran INTSIG mengeksploitasi kamera pada Android dan iOS untuk mengimbas dokumen.

CamScanner adalah satu apps serba boleh. Secara dasarnya, ia menggunakan kamera yang ada pada telefon anda untuk mengimbas. Hasil imbasan ditambah baik hasilan algoritma pemproses yang ada dalam apps ini. Terdapat lima penuras yang boleh digunakan untuk mengubah gambar dan mereka adalah lighter,  bw, gray mode, dan magic color, bergantung pada kesesuian dokumen.

camscanner sample group small

Contoh dokumen yang diimbas menggunakan CamScanner dan dituras menggunakan empat penuras yang disediakan

Apps ini sangat mudah digunakan sehinggakan jika gambar yang pengguna ambil sengetpun, ia boleh menanganinya. Sebelum menggunakan penuras, progam ini akan meminta anda menetapkan rantau yang ingin diimbas dalam gambar yang telah diambil. Ia bertujuan untuk membuang bahagian dokumen yang tidak diperlukan.

Anda hanya perlu meleretkan titik rantau mengikut bentuk dokumen dan program akan memperbetul jajaran dokumen supaya ia tegak.

camscanner sample senget ttd flow small

Dokumen imbasan helaian buku

camscanner sample senget uncharted flow small

Dokumen imbasan kotak cakera padat

Bukan setakat itu sahaja, aplikasi ini juga akan menyalin semua hasil imbasan masuk ke dalam ruang storan awan secara percuma. Maka, anda tidak perlu risau kehilangan dokumen lagi. Tambah menarik lagi, jika anda menggunakan peranti baharu, ia akan memuat turun segala dokumen yang ada dalam storan awam masuk ke peranti baharu.

Seribu satu potensi ada pada aplikasi ini. Para pelajar boleh menyimpan contengan pada papan putih untuk melakukan rujukan jika tidak sempat menyalin menggunakan pen dan kertas. Pekerja boleh menyimpan idea yang diconteng pada kertas semasa makan tengah hari supaya tidak terlupa. Terjumpa resepi memasak di dalam surat khabar hari ini? Para ibu terus mengimbas dan bawanya ke dapur untuk dicuba.

Muat turun CamScanner melalui pautan-pautan berikut:

CamScanner untuk Android.
CamScanner untuk iPhone.
CamScanner untuk iPad.
CamScanner untuk Windows Phone 8

%d bloggers like this: