Test Produk – vivo V3Max, lebih pantas dari yang lebih pantas

KELEBIHAN

+ RAM besar 4GB
+ Badan besi & pengimbas capjari
+ Pengecas pantas dwi-litar

KEKURANGAN

– Kamera tiada OIS dan rakaman video 4K
– Butang kapasitif tidak berlampu

Pengenalan

Malaysia adalah satu pasaran utama telefon pintar Android di Asia Tenggara. Kerana itu, banyak jenama yang baru muncul dari China, mensasarkan Malaysia sebagai tempat pertama pelancaran telefon pintar baru mereka.

Perkara ini turut dilakukan oleh vivo, satu lagi pengeluar telefon pintar dari China. Mungkin ada yang tidak kenal lagi, tetapi vivo telah membuat pemasaran secara besar-besaran di Malaysia. Pasti ada yang telah melihat kelibat vivo di akhbar, radio mahupun di internet.

vivo baru sahaja melancarkan telefon pintar V3Max, dengan tema ‘Lebih Pantas dari Lebih Pantas’ (Faster than Faster). Apa yang dimaksukan vivo dengan tema ini? Kita akan sama-sama membedahnya sebentar lagi.

Telefon pintar V3Max telah mula dijual di Malaysia dengan harga RM1,399 termasuk GST. Dengan harga ini, penulis rasa ia adalah satu pembelian yang berbaloi. Tak percaya? Jom ikuti pandu uji telefon pintar V3max.

Kenapa Captain America Guna vivo v3Max - 01 badan besi metalik

 

[MUKA 2: Rekabentuk, Prestasi dan Kamera]

[nextpage title=”Rekabentuk, Prestasi dan Kamera”]

Rekabentuk

vivo V3max mempunyai rupa premium, melalui badan besi penuhnya. Kerana itu, ia tidak mempunyai penutup belakang yang boleh dibuka, dan bateri tidak boleh ditukar ganti.

Skrin hadapannya berukuran 5.5-inci, dengan lengkung 2.5D di sisi. Badan besi di belakang juga, mempunyai lengkung di sisi. Jadi tidak terasa tajam besi di sisi. Rekaan sebegini, telah menjadi standard dalam kebanyakan telefon pintar berbadan besi.

Test Produk vivo V3Max - butang kapasitif tiada lampu

V3Max menggunakan butang kapasitif di bawah skrin. Malangnya, butang ini tidak berlampu. Ini satu kelemahan besar, apatah lagi untuk telefon pintar berharga lebih dari RM1,000.

Kedudukan pembesar suara, terletak di bawah telefon, di sebelah port mikro USB 2.0. Pembesar suara ini sangat lantang, dan dirasakan memberi bunyi yang sangat baik, berbeza dari kebanyakan telefon pintar lain. Tetapi pembesar suara ini masih terhalang jika telefon dipegang secara mendatar, semasa bermain games atau menonton video.

Kenapa Captain America Guna vivo v3Max - 04 pembesar suara hifi

Di belakang telefon, vivo meletakkan kamera 13MP di sudut kiri atas, bersama satu ELD Flash di bawahnya. Terdapat juga pengimbas capjari, terletak di tengah telefon. Betul-betul di tengah, terpampang logo vivo.

Seperkara lagi, penulis melihat ia telah menjadi norma untuk pengeluar telefon pintar dari China, untuk memasang pelindung skrin siap bersama telefon. V3Max juga dipasang siap dengan pelindung skrin di depan, dan vivo menambahnya dengan casing TPU lutsinar. Bukanlah terbaik, tetapi cukup untuk perlindungan asas.

Test Produk vivo V3Max - casing plastik

Kuasa Dalaman

Prestasi V3Max boleh dikelaskan di tahap pertengahan. Ia dilengkapi CPU Snapdragon 652 8-teras, dengan kelajuan mencecah 1.8GHz. Bunyinya hampir sama dengan CPU Snapdragon 650 di Redmi Note 3, tetapi Snapdragon 650 hanya mempunyai 6-teras sahaja.

Tarikan utama V3Max, adalah RAM besar 4GB LPDDR3. Agak sukar untuk melihat peranti dengan 4GB RAM di bawah RM1,500, kecuali di ASUS Zenfone 2. Tetapi V3Max memiliki lebih banyak kelebihan berbanding Zenfone 2, seperti badan besi, pengimbas capjari dan bateri yang tahan lama.

Kenapa Captain America Guna vivo v3Max - 05 prestasi tinggi

Storan dalaman V3Max sebesar 32GB, dan ia sedia menerima storan tambahan melalui slot kad mikroSD. Slot ini, berkongsi tempat dengan slot kedua kad sim nano. Tetapi lebih baik lagi, vivo menyertakan kabel USB OTG. Dengan kabel ini, pengguna boleh menghubungkan cakera keras luaran kepada V3Max. Tidak mustahil untuk akses kepada storan 2TB!

Sistem operasi Android yang digunakan V3Max bukanlah yang terbaru, iaitu Android 5.1.1 Lollipop. Tetapi ini bukanlah satu masalah besar, walaupun masih tidak diketahui bilakah V3Max akan menerima kemaskini 6.0 Marshmallow.

Tetapi antaramuka Funtouch v2.6 yang digunakan V3Max memang menarik. Sebenarnya, ia berfungsi agak berbeza dari Android Tulen. Notifikasi masih boleh didapati dengan sapuan dari atas skrin ke bawah.

Test Produk vivo V3Max - skrin depan dinding putih

Tetapi tetapan pantas dan aplikasi yang berjalan, diakses dengan sapuan dari bawah skrin ke atas. Cara ini menyerupai iOS, tetapi ia terasa lebih senang digunakan kerana capaian jari dari bawah skrin lebih mudah berbanding cuba mencapai atas skrin.

Selain itu, V3Max masih mengekalkan butang menu dalam salah satu tiga butang kapasitif. Ini agak pelik untuk digunakan kerana Android telah lama menggantikan butang menu dengan butang aplikasi.

Hayat Bateri & Pengecasan

Ingin penulis tekankan, ini adalah ruang kekuatan V3Max. Percaya atau tidak, bateri V3Max yang sebesar 3,000mAh boleh dicas penuh dalam masa 1.5 jam sahaja, ataupun dalam 90 minit. Tetapi ia hanya boleh dilakukan dengan pengecas dan kabel yang datang bersama V3Max sahaja.

Dalam masa 30 minit mengecas, bateri V3Max mencapai 33% bermula dari 0%. melewati 60 minit, ia mencecah 75% penuh dan akhirnya 100% penuh dalam 90 minit. Mungkin inilah yang dimaksukan vivo dalam temanya, lebih pantas dari yang lebih pantas.

Diperhatikan di kepala pengecasnya, ia memiliki kuasa pengeluaran 9V/2A. Bunyinya agak sama dengan pengecasan pantas Qualcomm 2.0. Mungkin ia boleh digunakan juga oleh mana-mana peranti yang menyokong pengecasaan pantas Qualcomm.

Test Produk vivo V3Max - hayat bateri 2

Dari segi jangka hayat pula, ia bukanlah yang terbaik. Bateri 3,000mAh ini bertahan hampir sehari selama 22 jam 50 minit, dengan masa skrin hidup selama 4 jam. Ini adalah satu jangka hayat yang panjang, memandangkan kapasiti bateri hanya 3,000mAh. Prestasi yang sama dicapai dalam test produk Redmi Note 3 kami, yang memiliki bateri 4,050mAh.

Dalam ujian bateri Geekbench 3, V3Max mencatat masa selama 6 jam 41 minit, dengan markah sebanyak 4,016. Pencapaian ini lebih baik dari test produk Blackberry Priv, yang mencatat masa 5 jam 59 minit dan 3,496 markah, walaupun mempunyai bateri lebih besar 3,410mAh.

Test Produk vivo V3Max - ujian bateri Geekbench

Prestasi

Walaupun terletak di dalam kelas pertengahan, CPU Snpadragon 652 bukanlah calang-calang hebatnya. Ia dengan mudah boleh mengatasi prestasi CPU utama Snapdragon tahun 2015, seperti Snapdragon 808 dan Snapdragon 810.

Untuk membuktikan kehebatannya, aplikasi ujian prestasi Antutu v6.1.4 dilancarkan. Selepas tamat ujian, V3Max mendapat 82,269 markah. Ia dengan mudah mengatasi Samsung Galaxy S6, berada sedikit bawah dari Samsung Galaxy Note5.

Test Produk vivo V3Max - ujian Antutu

Ia juga ternyata lebih baik dari Snapdragon 617 di HTC One A9 yang mendapat 66,599 markah, dan Snapdragon 650 di Redmi Note 3 yang menerima 75,359 markah.

Catatan ujian Geekbench 3 juga tidak mengecewakan. Dalam ujian teras tunggal, V3Max memperoleh 1,478 mata. Bagi teras pelbagai, ia mencatat 5,097 mata. Sekali lagi, kedua-dua mata yang dicatat V3Max, mengatasi OnePlus 2 dan Galaxy S6. Mengukuhkan lagi kenyataan CPU Snapdragon 652 adalah lebih baik dari Snapdragon 810.

Test Produk vivo V3Max - ujian Geekbench

Pengalaman Penggunaan

V3Max datang bersama tema lebih pantas dari yang lebih pantas. Perkara ini ternyata benar untuk pengecasan bateri. Tetapi di bahagian lain, ia masih tidak dapat mengatasi prestasi peranti utama lain.

Pengimbas capjari yang terletak di belakang V3Max, memang pantas. Tetapi ia tidaklah lebih pantas dari pengimbas capjari lain. Dalam erti kata lain, kebanyakan pengimbas capjari di peranti kini memang pantas. Cuma ada satu yang penulis pernah cuba, adalah jauh lebih pantas dari yang lain, iaitu pengimbas capjari di OPPO F1 Plus.

Test Produk vivo V3Max - belakang dalam tangan

Sistem operasi FunTouch bersama Android Lollipop, berfungsi dengan lancar di V3Max. Ia terasa sedikit berbeza dari Android yang lain, tetapi masih mudah difahami. Notifikasi baru sapu dari atas skrin, tetapan pantas dan aplikasi yang berjalan pula sapu dari bawah skrin.

Tahap kecerahan skrin V3Max bukanlah yang tertinggi pernah penulis lihat, tetapi ia masih boleh dilihat di bawah cahaya matahari. Tidaklah jelas sangat, tetapi masih boleh dibaca.

Pembesar suara di bawah sangat lantang dan jelas. Malah dirasakan lebih baik dari Galaxy S7 edge sendiri atau iPhone 6s. Tetapi, kedudukan ini masih tertutup oleh tangan, apabila telefon dipegang secara mendatar.

Test Produk vivo V3Max - belakang mendatar atas bantal

Kamera

Kualiti yang dihasilkan kamera V3Max masih jauh untuk dibandingkan dengan peranti utama seperti Galaxy S7 edge atau Galaxy Nexus 6P. Tetapi dengan harganya yang hanya separuh dari peranti utama, ia adalah satu kamera mudahalih yang memuaskan hati.

Kamera belakang V3Max dilengkapi sensor 13MP f/2.2 bersama satu LED Flash. Autofokus pula dikawal menggunakan pengesanan fasa (PDAF).

Pada kebanyakan masa, autofokus ini memang pantas. Tetapi kadang-kadang ia agak runsing mencari fokus, menjadikan gambar kabur. Ini bertambah sukar untuk pengguna yang tangan sering bergegar, atau berada di dalam kenderaan bergerak, kerana V3Max tidak memiliki penstabil imej optikal (OIS).

Test Produk vivo V3Max - pegang ambil gambar

Tangan haruslah stabil untuk mengambil gambar. Ia bukanlah masalah besar untuk suasana cerah, tapi sedikit sukar untuk persekitaran malap dan rendah cahaya. Bagaimanapun, tahap pendedahan (Exposure Value) boleh ditetapkan terus, untuk lebih kawalan cahaya.

Untuk tangkapan lebih profesional, V3Max memberi beberapa tetapan manual seperti tahap pendedahan, masa katupan shutter, pilihan fokus dan tetapan keseimbangan keputihan. Lihat semua contoh gambar yang diambil, di Muka 3 Galeri Gambar.

Kamera depan V3Max tampak hebat, dengan sensor 8MP f/2.4. Fungsi kecantikan menjadikan selfie boleh dicantikkan dengan lebih mudah. Tetapi tiada tetapan flash skrin, yang menjadikan skrin menjadi cerah sepenuhnya semasa mengambil selfie, jika keadaan sekitar malap dan rendah cahaya. Kegelapan tak dapat dibantu oleh fungsi kecantikan.

Rakaman video di V3Max bukanlah kelebihan untuk V3Max. Ketiadaan OIS adalah satu faktor penting. Video yang dirakam sukar untuk dihasilkan benar-benar stabil, melainkan dengan bantuan tripod.

Malah, kamera belakang V3Max hanya merakam sehingga HD penuh 1080p dengan kadar bingkai 30fps sahaja. Tiada resolusi 4K dan tiada kadar bingkai 60fps untuk rakaman gerak perlahan yang lancar. Sama juga di kamera depan, rakaman video sehingga 1080p 30fps sahaja.

 

[MUKA 3: Kesimpulan dan Galeri Gambar]

[nextpage title=”Kesimpulan dan Galeri Gambar”]

Kesimpulan

Telefon pintar V3Max adalah satu telefon pintar yang menarik. Menarik dari segi harga, dan menarik dari segi prestasi. Seperti temanya, ia lebih pantas dari yang lebih pantas, tapi bukan di kebanyakan aspek.

RAM sebesar 4GB memang dapat dirasakan memberi kelancaran sepanjang masa di V3Max. Ia ditambah lagi dengan gandingan CPU Snapdragon 652 yang ternyata lebih baik dari CPU utama tahun lepas.

Vivo juga tidak lokek apabila memberi storan sebanyak 32GB, dengan slot kad mikroSD tersedia, serta kabel USB OTG untuk pelbagai kegunaan tambahan yang lebih menarik, seperti lebih banyak storan luar berasaskan USB, ataupun disambung papankekunci dan tetikus.

Test Produk vivo V3Max - aksesori dalam kotak

Di ruang kamera, hasil pengeluarannya berada di standard yang lebih tinggi dari peranti kelas pertengahan lain. Tetapi untuk mengatasi peranti utama, ia masih perlu bekerja lebih keras. Ini yang dinamakan, kamu dapat apa yang kamu bayar. Mahu kamera terbaik keseluruhan? Kena beli telefon yang lebih mahal.

Dengan harga jualan RM1,399, sukar untuk mencari peranti lain pada harganya yang setanding. Mungkin ada yang mahu ia dibandingkan dengan Redmi Note 3 berharga RM849, yang mempunyai spesifikasi hampir sama. Tetapi prestasi yang ditawarkan V3Max adalah jauh lebih dari itu, terutama dari segi bateri, pengecasan dan kamera.

Oh sebelum terlupa, Captain America di dalam filem terbarunya Civil War, dilihat menggunakan telefon pintar vivo V3Max. Kan best tu, dapat pakai telefon pintar yang sama digunakan Steve Rogers.

Kenapa Captain America Guna vivo v3Max - COVER

 

Galeri Gambar Kamera

klik untuk gambar bersaiz asal

Test Produk vivo V3Max - gambar kamera 01Luar Bangunan Suasana Cerah

Test Produk vivo V3Max - gambar kamera 03Luar Bangunan Suasana Cerah

Test Produk vivo V3Max - gambar kamera 04Dalam Bangunan, Makro

Test Produk vivo V3Max - gambar kamera 05 Luar Bangunan Suasana Malap

Test Produk vivo V3Max - gambar kamera 06Luar Bangunan Selepas Subuh

Test Produk vivo V3Max - gambar kamera 07Luar Bangunan Suasana Cerah

Test Produk vivo V3Max - gambar kamera 08Gambar Makanan – Kari Kambing

Test Produk vivo V3Max - gambar kamera 02 panorama Luar Bangunan Suasana Cerah – Panorama

Test Produk vivo V3Max - gambar kamera 09Selfie Berjemaah

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: