Perkhidmatan Maybank Tergendala Seketika Sabtu & Ahad Ini

Maybank Berhad (Maybank) hari ini menyarankan pelanggannya menjalankan semua transaksi lebih awal. Mereka memaklumkan akan menjalankan penambahbaikkan menyeluruh pada perkhidmatan mereka.

Pada 14 Mei dan 15 Mei ini, beberapa perkhidmatan mereka akan mengalami masa mati (down time) selama 3 jam hingga 12 jam. Butiran tentang perkhidmatan yang akan teribat adalah seperti berikut:

maybank downtime small

Berdasarkan jadual tersebut, kebanyakkan perkhidmatan hanya tergendala pada waktu tengah malam hingga 7 pagi. Sebarang pertanyaan boleh ditujukan pada talian khidmat pelanggan 24 jam mereka di 1300 88 6688 (Malaysia) atau +603 7844 3696.

[sumber]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: