MSI Umum Laptop Mesra VR

Selepas Asus dengan Beyond VR Ready, MSI pula mempersiaga diri untuk mengikuti trend realiti maya (VR). Melalui 1st VR Ready, MSI memberi jaminan peralatan mereka mampu mendukung perkakasan VR kelak termasuklah barisan laptop mereka.

msi vr ready laptop

Antara laptop yang disenaraikan adalah seperti:

  1. GT72S 6QF Dominator Pro G 29th Anniversary Edition
  2. GT72S 6QF Dragon Edition G 29th Annivessary Edition
  3. GT72S 6QF Dominator Pro G Heroes Special Edition
  4. GT80S 6QF Titan SLI 29th Anniversary Edition
  5. GT80S 6QF Titan SLI Heroes Special Edition

Selain daripada menerima perakuan VR Ready secara umum daripada intel. Ia juga diperakukan memenuhi kriteria untuk menjalankan peranti HTC Vive. Oleh sebab itu, pihak MSI bekerja rapat dengan HTC untuk memastikan laptop-laptop ini boleh menggalas tanggungjawab menyediakan pengalaman VR HTC Vive yang tiada tandingan.

Tidak tertakluk kepada perkakasan sedia ada, MSI juga menubuhkan MSI VR Lab dan bekerjasama dengan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam arena VR untuk membangun dan menghasilkan laptop gaming khas untuk dunia VR.

Sebagai pengeluar mesin permainan yang terkemuka, mereka mengajak para pembangun perisian untuk turut serta mengembleng tenaga untuk memperluas teknologi VR ke serata sektor. Sila kunjungi halaman program pengayaan VR MSI untuk maklumat lanjut.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: