Microsoft Perkasa NGO Malaysia Melalui Tech4Good

Microsoft Malaysia hari ini melancarkan inisatif “Tech4Good”. Ia adalah satu usaha pihak mereka untuk memperkasa badan bukan kerajaan (NGO) daripada segi teknologi, pengetahuan, komuniti dan sumber untuk mereka menjalankan misi masing-masing.

Inisiatif ini dimulakan dengan Hari Tech4Good yang berlangsung di pejabat Microsoft Malaysia. Pada hari tersebut, pihak Microsoft melakukan demonstrasi dan berkongsi tips menarik semasa menggunakan produk-produk Microsoft di hadapan lebih 100 NGO.

Turut menyertai ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun. Beliau hadir melancarkan Tech4Good dan sangat menghargai usaha Microsoft dalam menyokong NGO dalam era digital ini.

microsoft tech4good 02

Yayasan Salam Malaysia dilantik menjadi Rakan Pembangun Kapasiti Microsoft Malaysia untuk Tech4Good 2016. Mereka akan membantu menjayakan inisiatif Microsoft dengan mengadakan bengkel dan webinar untuk Office365 misalnya, bagi memanfaatkan NGO di luar sana. Kempen ini juga mendapat bantuan entiti swasta dan bukan keuntungan yang lain seperti Kidzania, PS The Children, Gorgeous Geeks, Yayasan Generasi Gemilang, dan Taylor’s University.

K Raman, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia berbangga kerana lebih banyak NGO menerima manfaat daripada program kebajikan yang dijalankan pihaknya. Mereka telah menyumbang sejumlah 922 juta dolar A.S dalam bentuk perkhidmatan dan perisian untuk kebaikkan 120,000 penggiat NGO dan lebih sejuta lesen Office 365 diedarkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif Microsoft dalam membantu NGO menjayakan misi mereka, sila lawati laman Microsoft  Philanthropies.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia