Laptop terbaru Acer Switch Alpha 12 & Aspire S 13 tiba di Malaysia

Dari Amerika Syarikat bulan lepas, kini ia telah pun tiba di Malaysia. Beberapa laptop yang baru sahaja diperkenalkan dalam acara [email protected] di Amerika Syarikat, hari ini dilancarkan di Malaysia.

Dua produk utama yang diperkenalkan hari ini adalah, Ultrabook mampumilik Aspire S13, serta laptop tanpa kipas dan dilengkapi sistem penyejukan cecair angkasa lepas, Switch Alpha 12.

Acer Switch Alpha 12

Acer You Are What You Want - Alpha Switch 12 depan

Acer membawa rekaan laptop 2-dalam-1 setapak lebih tinggi, dengan memperkenalkan sistem penyejukan cecair, Acer LiquidLoop di dalam Switch Alpha 12. Ini menjadikanya lebih senyap di samping bateri yang tahan lama, sambil mengekalkan prestasi tertinggi.

Switch Alpha 12 diperkenal dalam 3 perisa, bermula dari perisa Core i3-6100U, diikuti Core i5-6200U dan akhir sekali Core i7-6500U. Ia dikuasakan sistem operasi terbaru Microsoft Windows 10.

Acer You Are What You Want - Alpha Switch 12 belakang

Storan dalaman disediakan dalam bentuk SSD, antara 128GB atau 256GB. Ia menggunakan RAM DDR3L, sebesar 4GB atau 8GB bergantung kepada model.

Kesemua model Acer Switch Alpha 12 memiliki skrin sentuh 12-inci, dengan resolusi QuadHD 2160×1440. Ia digerakkan oleh GPU Intel HD Graphics 520.

Laptop 2-dalam-1 ini juga sangat ringan, hanya 900 gram untuk tablet sahaja, dan 1.25kg termasuk papankekunci. Baterinya dijangka boleh bertahan sehingga 8 jam.

Acer You Are What You Want - Aspire S13 dengan model

Dok papankekuncinya mempunyai port USB-C 3.1. Papankekuncinya bersaiz penuh, dan papankekunci model Core i7 mempunyai lampu di belakang kekunci. Acer turut memberi Pen Acer Active Stylus bersamanya.

Switch Alpha 12 dijual di Malaysia bermula dari RM2,499 bagi model Core i3, RM3,499 untuk Core i5 dan RM4,499 bagi model Core i7.

acer switch blade 12 table

 

Acer Aspire S13

Ultrabook menjadi semakin nipis dan ringan, seperti Acer Aspire S13. Tebalnya hanya 14.58mm dengan berat seringan 1.3kg sahaja.

Acer memastikan Aspire S13 berkuasa tinggi dengan melengkapkan CPU Intel Core i5-6200U ke dalamnya, bersama dua pilihan RAM DDR3L, 4GB atau 8GB.

Ia menggunakan storan pantas SSD, sebesar 128GB atau 256GB. Paparan IPSnya sebesar 13.3-inci, dengan resolusi HD Penuh. Baterinya dikatakan boleh bertahan sehingga 13 jam lamanya.

Acer You Are What You Want - Alpha Switch 12 dengan model

Laptop Acer Aspire S13 ini adalah yang pertama dilengkapi fungsi MU-MIMO untuk capaian WiFi yang lebih pantas dan stabil. Ia turut mempunyai sambungan USB-C 3.1 yang lebih pantas menghantar data.

Acer Aspire S13 dijual dalam dua model. Model pertama dilengkapi 4GB RAM & 128GB storan SSD, berharga RM2,799 dan terdapat dalam warna Hitam Obsidian sahaja. Model kedua datang dengan 8GB RAM & 256GB storan SSD, berharga RM3,399 dan boleh didapati dalam dua warna, Hitam Obsidian dan Putih Mutiara.

acer switch blade 13 laptop table

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: