Digi Anjur Perkongsian Data Internet Sesama Keluarga

Digi hari ini mengumumkan beberapa penambahbaikkan pada pelan pascabayar mereka. Digi Pospaid Internet Sharing adalah satu ciri baharu yang membolehkan kuota internet dikongsi bersama sehingga 6 talian tambahan. Perkhidmatan ini boleh dinikmati oleh semua talian prinsipal pascabayar Digi dengan hanya tambahan RM10 kepada bil bulanan sedia ada untuk mengaktifkan Digi Postpaid Internet Sharing.

digi internet sharing example

Contoh perkongsian data dalam Digi Postpaid Internet Sharing, talian prinsipal boleh mencatu data Internet mengikut keperluan atau menggunakan data secara sama rata selepas mengaktifkan fungsi tersebut pada harga RM10.

Ada isteri dan anak yang memerlukan talian telefon? Usah risau, melalui Family SIM, mereka boleh membuat panggilan tanpa had sesama rangkaian termasuklah dalam kalangan keluarga sendiri. Walau bagaimanampun, ia tidak mempunyai sebarang data Internet.

Di sinilah Digi Postpaid Internet Sharing memainkan peranannya. Pemegang talian prinsipal boleh memperuntukkan sejumlah data kepada setiap talian tambahan di bawahnya. Pengurusan data dilakukan melalui aplikasi MyDigi ataupun melalui portal Internet Digi.

Selain itu, apa-apa peranti yang mempunyai slot kad SIM dan boleh berhubung dengan Internet juga boleh menerima manfaat Digi Postpaid Internet Sharing. Gadget SIM adalah kad SIM tanpa fungsi panggilan suara tetapi boleh diperuntukkan kuota internet keatasnya. Maka, pengguna tidak perlu risau jikalau jam tangan pintar menelan terlalu banyak data.

Misalnya, anda seorang suami yang mempunyai isteri dan sebuah gajet. Cara yang paling murah untuk ketiga-tiga mereka menikmati sambungan Internet melalui Digi Postpaid Internet Sharing adalah anda melanggan Best Principal Line pada harga RM48/bulan dan membeli kuota internet sebanyak 7GB pada harga RM35. Kemudian, isteri anda menggunakan Family SIM pada harga RM38/bulan manakalah gajet pula menggunakan Gadget SIM pada harga RM10/bulan. Jumlah yang perlu anda bayar sebulan adalah RM131.

digi internet sharing diagram smaller

Sebagai langkah keselamatan, hanya telefon prisipal sahaja boleh digunakan untuk mentadbir kuota. Maklumat lanjut tentang ciri Digi Postpaid Internet Sharing boleh didapati di laman rasmi produk tersebut.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: