Harman perkenal fon kepala JBL Everest dalam pelbagai bentuk dan warna

Pengeluar produk Audio terkemuka di dunia, HARMAN International Industries, baru-baru ini melancarkan siri fon kepala wayarles baru, JBL Everest dalam pelbagai rekaan: sekeliling-telinga, atas-telinga dan dalam-telinga. JBL Everest memberi pelbagai pilihan kepada peminat muzik dalam pakej wayarles.

Siri terbaik yang dilancarkan ini, adalah JBL Everest ELITE 700. Ia membuat sambungan mudah kepada pelbagai peranti menerusi Bluetooth 4.1. Teknologi pembatalan bunyi bising aktif (ANC) NXTGen memastikan keseimbangan bunyi bising luar dan lagu yang dimainkan menepati citarasa pendengar.

Pelancaran Headphones JBL siri Everest - putih dan hitam

Kualiti bunyi yang dihasilkan JBL Pro Audio memberikan pengalaman akustik dinamik kepada pengguna Everest ELITE 700. Kusyen yang direka khas mengikut bentuk telinga, memastikan ia selesa untuk digunakan berterusan sehingga 15 jam, mengikut jangka hayat bateri ELITE 700. Untuk lebih menjimat tenaga, ELITE 700 dilengkapi sistem auto padam apabila fon kepala tidak digunakan.

Harman turut melengkapkan teknologi fonkepala TruNote, mengkalibrasi bunyi berdasarkan bentuk telinga bagi memastikan bunyi terbaik untuk setiap individu. Untuk lebih kawalan, ia boleh dibuat menerusi apliksi My JBL Headphones yang boleh dimuat turun percuma di Apple Appstore dan Google Playstore.

Pelancaran Headphones JBL siri Everest - butang fon kepala kiri

Selain fon kepala sekeliling-telinga ELITE Everest 700, model lain yang turut diperkenalkan adalah ELITE Everest 300 atas-telinga, Everest 700 sekeliling-telinga, Everest 300 atas-telinga dan juga Everest 100 dalam-telinga.

Kesemua model baru JBL Everest ini  telah mula dijual di Malaysia menerusi pengedar sah HARMAN. Rujuk jadual di bawah untuk spesifikasi dan harga.

Senarai harga Headphones JBL Everest 2016

Pelancaran Headphones JBL siri Everest - hitam lipat Pelancaran Headphones JBL siri Everest - warna merah jambu putih dan biru Pelancaran Headphones JBL siri Everest - pakai di kepala Pelancaran Headphones JBL siri Everest - model pakai di kepala

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: