Fon kepala wayarles UA oleh JBL gabung kepakaran kecergasan Under Armour dan audio JBL

HARMAN International Industries, selaku penyedia solusi audio terkemuka dunia, bekerjasama dengan jenama kesihatan dan kecergasan global, Under Armour untuk membawakan teknologi kesihatan dan kecergasan kepada pengguna. Produk pertama yang dihasilkan oleh kerjasama ini ialah fon kepala wayarles UA – hasil kejuruteraan JBL.

Kejuruteraan bunyi JBL yang dipadankan dengan standard prestasi sukan premium terbaik Under Armour, menghasilkan fon kepala wayarles UA – hasil kejuruteraan JBL yang tahan lasak. Ia mempunyai pengiktirafan IPx5 yang kalis debu, peluh dan percikan air.

Pelancaran Headphones UA oleh JBL - fon kepala wayarles

Selain itu, teknologi JBL Twistlock memastikan fon kepala tidak akan terkeluar dari telinga. Malah, kemasan Flexsoft pada fon kepala memberikan keselesaan pemakaian yang berpanjangan.

Bagi setiap pembelian fon kepala wayarles UA, pembeli akan menerima langganan Premium MapMyFitness selama 12 bulan bernilai RM121, secara percuma. Ia adalah aplikasi kecergasan dengan komuniti global melebihi 156 juta orang di seluruh dunia. Aplikasi ini membenarkan pengguna untuk memantau, menganalisa, dan berkongsi lebih 600 aktiviti kecergasan.

Fon kepala wayarles UA memiliki tiga butang kawalan mudah untuk memainkan muzik, mengawal tahap bunyi serta menjawab panggilan. Ia berhubung dengan peranti secara wayarles menggunakan Bluetooth 4.0, dengan daya tahan bateri memainkan lagu sehingga 8 jam lamanya.

Fon kepala wayarles UA – dengan kejuruteraan JBL ini, telah mula dijual di Malaysia oleh pengedar sah JBL, dengan harga jualan RM869.

Pelancaran Headphones UA oleh JBL - pandu uji dalam telinga

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: