Berbakat menjadi hos dan tahu banyak tentang e-sukan? Sertai ujibakat Astro eGG sekarang

Astro sejak tahun lepas, aktif menayangkan pelbagai pertandigan e-sukan. Kerana itu, Astro bakal melancarkan satu saluran khas untuk e-sukan, yang diberi nama ‘Every Good Game’, atau singkatannya Astro eGG. Bagi melengkapkan pelancaran saluran ini, Astro mencari bakat baru untuk menjadi hos saluran ini.

Jika anda seorang yang sangat berminat dan mempunyai pengetahuan luas tentang e-sukan, anda sangat digalakkan untuk memohon menjadi hos saluran Astro eGG ini. Saluran eGG akan mula bersiaran bermula Jun 2016, dan ujibakat ini terbuka kepada warganegara tempatan, mahupun luar negara.

astro egg 808

Kalau mahu cuba menyertai ujibakat hos Astro eGG ini, beberapa pra-syarat perlu dipenuhi iaitu:

  • Berumur 18 tahun ke atas pada 1 Mei 2016
  • Fasih berbahasa inggeris
  • Mampu mempersembahkan diri dengan baik di depan kamera
  • Mempunyai minat mendalam tentang e-Sukan dan permainan video (tidak wajib tapi satu kelebihan)
  • Tiada pengalaman sebagai hos diperlukan

Ujibakat ini akan diadakan pada hari Sabtu, 14 Mei 2016 dari jam 10 pagi sehingga 5 petang, bertempat di Studio 4, All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil.

Sebelum pergi ke ujibakat Sabtu ini, anda haruslah mendaftar dalam talian sebelum 14 Mei di pautan ini: http://goo.gl/forms/ExkPtc2lnt

Tetapi jika anda tidak berada di Kuala Lumpur dan tidak dapat hadir ke ujibakat Sabtu ini, anda masih berpeluang menjadi hos Astro eGG ini. Anda boleh menghantar rakaman video anda yang memenuhi syarat berikut:

  • Panjang video sekitar 3-5 mint
  • Dipersembahkan di dalam bahasa inggeris
  • Pengenalan diri ringkas, diikuti minat & pembabitan dalam e-sukan, dan mengapa anda harus dipilih menjadi hos. Akhiri rakaman dengan mempersembahkan saluran eGG secara kreatif, dalam 30 saat.
  • Video hendaklah merakam diri anda berdiri berlatar belakang putih, dengan rakaman separuh badan serta diputarkan 360-darjah.
  • Muat naik rakaman video tersebut dalam kualiti HD ke YouTube, Vimeo atau mana-mana laman perkongsian video. Tetapkannya secara ‘Private’ dan hantarkan pautan video tersebut.

Macam mana, berminat? Semua maklumat lanjut tentang ujibakat ini, boleh ditemui di pautan pendaftaran di sini.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: