Aktiviti Twitter di U.K. Meluap 86% Semalaman

Leicester City F.C. (LCFC) adalah juara Liga Perdana Inggeris yang baru ditabalkan pagi tadi. Mereka adalah antara enam pasukan yang berjaya menjuarai Liga Perdana Inggeris sejak ia dianjurkan pada 1992. Setelah berulang alik antara liga sekunder dan premier sejak seabad yang lalu, kali ini mereka berjaya memecah kebuntuan.

Peristiwa tersebut telah menggegarkan pelayan Twitter di UK. Pihak Twitter melaporkan peningkatan sebanyak 86% aktiviti Twitter berbanding kebiasaan sejurus wisel penamat perlawanan antara Chelsea dan Tottenham ditiupkan semalam. Perlawanan itu berkesudahan seri 2 sama dengan jaringan emas Eden Hazard pada minit ke-83 hasil lorongan jitu oleh Diego Costa.

LCFC twitter aktivity

Selain itu, akaun rasmi Twitter LCFC juga mengalami tsunami pengikut. Sejak enam bulan yang lalu, jumlah pengikut meningkat sebanyak 56 peratus, daripada 237,396 kepada 548,502 setakat semalam. Secara purata, mereka menerima sebanyak 51,851 pengikut setiap bulan sejak November tahun lalu. LCFC Twitter statistik

[sumber statistik]

Jurulatih LCFC, Claudio Ranieri, bukan satu-satunya hasil buangan Chelsea yang bergembira pada malam itu, André Villas-Boas, meninggalkan Chelsea pada Mac 2012, juga berjaya membawa pulang Piala Russia kembali sejak 1993 setelah FC Zenit Saint Petersburg membenam CSKA Moscow 4 berbalas 1 semalam.

Warga ASEAN tumpang gembira atas kejayaan The Fox menjulang Piala Liga Perdana Inggeris. Vichai Srivaddhanaprabha, seorang ahli perniagaan daripada Thailand mengambil alih LCFC pada Ogos 2012. Mungkinkah musim seterusnya Cardiff City F.C. milik Vincent Tan akan menurut jejak langkah The Fox?

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: