Aftershokz perkenal headfon yang menggegarkan kepala, Trekz Titanium

Aftershokz adalah satu jenama yang menghasilkan produk audio sukan, kini melancarkan produk baru yang diberi nama, Trekz Titanium. Ia adalah satu fon kepala Bluetooth, yang memberi getaran irama lagu menerusi teknologi konduksi tulang (bone conduction).

Teknologi konduksi tulang menghantar bunyi menggunakan getaran, melalui tulang kepala. Dalam bahasa lain, bunyi tidak dihantar ke telinga, tetapi digegarkan melalui tulang kepala. Ia tidak menutup telinga, jadi memberi kebebasan kepada telinga pengguna. Mungkin ia agak pelik, tetapi ia adalah satu teknologi audio tentera yang kini terdapat untuk pengguna biasa.

AfterShokz Trekz Titanium running lifestyle wanita

Fon kepala Trekz Titanium direka mengikut tetapan OpenFit, memastikan pemakaian yang selesa tanpa mengorbankan kepekaan pengguna terhadap situasi sekeliling. Ia juga dilengkapi teknologi bunyi PremiumPitch+ bagi memastikan penghantaran bunyi berkualiti tinggi yang tepat ke sasaran.

Pengiktirafan IP55 menjadikan fon kepala ini kalis peluh, debu dan lembapan. Ia mempunyai bateri yang boleh memainkan lagu secara berterusan, sehingga 6 jam lamanya. Trekz Titanium turut menyokong fungsi panggilan bersama mikrofon kalis bising, yang dihubungkan ke peranti melalui Bluetooth.

AfterShockz Trekz Titanium dilancarkan - rekaan telinga terbuka

Seperti namanya, badannya diperbuat dari titanium yang ringan dan teguh, tetapi juga fleksibel. Ini menjamin kesesuaian kepada pengguna, bagi memastikan keselesaan sepanjang masa.

Fon kepala AfterShokz Trekz Titanium ini diedarkan di Malaysia oleh DISTEXPRESS, pada harga RM499. Terdapat tiga warna pilihan iaitu Hijau, Biru dan Kelabu Gelap. Salah satu lokasi ia boleh dibeli adalah di The Marathon Shop.

AfterShockz Trekz Titanium dilancarkan - warna kuning biru hitam

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: