Ada Apa Dengan Apple Refurbished?

Telefon adalah satu keperluan dalam era ini. Ia semakin berakar dalam kehidupan oleh sebab kebolehannya menjalankan pelbagai jenis tugasan. Contohnya, 60% daripada trafik hari ini berasal daripada peranti mudah alih.

Telefon pintar hari ini mungkin agak mahal bagi sesetengah golongan. Walaupun terdapat peranti yang menggunakan perkakasan yang lebih rendah kuasanya untuk menjamin harga yang murah, tidak ramai pembangun aplikasi yang mengambil kira peranti golongan bawahan ini sewaktu membangunkan sesuatu aplikasi.

Peranti “refurbished” adalah jawapan kepada permasalahan itu. Ia membuka ruang kepada pengguna yang kurang berkemampuan untuk merasai menggunakan peranti premium. Kitar semula barangan elektronik telah lama dijalankan di luar sana.

iphone 5 refurbished

Bukan sahaja ia menjimatkan wang, justeru alam sekitar juga terpelihara. Sesetengah organisasi memupuk sikap kitar semula dalam kalangan kakitangan mereka. Peranti baharu ditawarkan untuk ditukar dengan peranti lama yang kemudiannya akan dihatar untuk melalui proses “refurbishment” sebelum didermakan kepada negara dunia ketiga misalnya.

Refurbish adalah satu proses baik pulih sesuatu peranti yang dipulangkan semula oleh pengguna kepada keadaan asal untuk digunakan oleh orang lain. Alasan untuk memulangkan semula peranti adalah pelbagai tetapi kebanyakkan adalah diseabkan pengguna asal telah menaik taraf kepada peranti yang lebih baik.

Apple mempunyai program baik pulih perantinya sendiri yang dipanggil “Apple Certified Refurbished”. Melalui program ini, iPhone yang dipulangkan oleh pengguna diproses sebelum dijual semula. Pihak Apple memberi jaminan bahawa setiap iPhoe yang melalui program tersebut telah:

  1. diuji keseluruhannya dan bebas daripada kerosakkan yang mengehadkan pengalaman menggunakan iphone.
  2. digantikan apa-apa modul yang telah rosak.
  3. dibersihkan dengan teliti.
  4. dipakejkan semula.
  5. menerima nombor siri yang baharu.

Antara kelebihan yang boleh pengguna jangkakan ketika membeli sebarang iPhone daripada produk “Apple Certified Refurbished” adalah”:

  1. penjimatan yang nyata berbanding membeli iPhone yang baharu.
  2. sebuah produk yang berfungsi sepenuhnya.
  3. telah memenuhi semua piawaian ketat yang digariskan pihak Apple.
  4. jaminan selama 1 tahun.

Walau bagaimanapun, iPhone yang dibaik pulih semula oleh Apple jarang diiklankan kerana memang permintaannya amat tinggi. Tambahan pula, halaman refurbished di website Apple Malaysia tidak menyenaraikan apa-apa iPhone yang telah di-refurbish.

Berita baik, bukan Apple sahaja yang memberi nafas baharu kepada peranti-peranti lama, tetapi sesiapa sahaja yang mempunyai akses terhadap alat ganti, peralatan, dan kemahiran boleh menjalankan baik pulih.

refurbished iphone lazada

Tetapi perlu diingatkan bahawa terdapat risiko yang tersendiri apabila membeli iPhone “refurbished” lebih-lebih lagi daripada pihak selain daripada Apple. Berkemungkinan peranti itu tidak menjalani proses baik pulih yang sempurna dan mengalami masalah apabila digunakan. Tambahan pula, pengguna perlu menuntut jaminan tersebut terus daripada penjual.

Peranti refurbished bukanlah sesuatu yang tidak berguna. Tim Cook sendiri telah terbang ke India untuk berbincang dengan perdana menterinya, Minister Narendra Modi tentang membawa masuk iPhone refurbished ke dalam negara itu. Ia adalah satu usaha daripada pihak Apple untuk menaikkan kembali penjualan iPhone selepas peranti itu mencatatkan penurunan penjualan pertama sejak dilancarkan 9 tahun lalu.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: