Tebus tukar telefon lama kepada Huawei Mate 8 dengan rebat sehingga RM1,750

Mahu memiliki phablet terbaik dari Huawei, Mate 8 dengan lebih mudah? Apa kata dapatkan rebat tunai dengan menebus tukar telefon lama anda, dan beli Huawei Mate 8. Huawei Malaysia kini menjalankan program tebus tukar, bagi mendapatkan Huawei Mate 8 yang baru.

Bermula dari 8 April sehingga 30 Jun 2016, bawa telefon pintar lama anda yang masih berfungsi untuk mendapatkan rebat tunai bagi membeli Huawei Mate 8. Lebih baik lagi, Huawei menambah diskaun RM100, jika anda membeli Huawei Mate 8 versi 3GB RAM & 32GB storan.

Rebat tambahan RM100 jika membeli Huawei Mate 8 storan 32GB

Huawei menerima kebanyakan model telefon pintar seperti dari Apple, Samsung, Sony, HTC dan lenovo. Hanya bawa telefon pintar yang mahu ditebus tukar, ke pengedar Huawei yang menyertai tanpa perlukan pengecas atau aksesori lain.

Pastikan telefon pintar tersebut masih berfungsi dengan baik dan memenuhi syarat berikut:

  • Telefon boleh dihidup dan dimatikan
  • Nombor IMEI boleh dikesan
  • Telefon tidak berkunci sim (unlocked)
  • Skrin berfungsi dan tidak retak
  • Tiada kerosakan besar atau kehilangan butang (Rosak sebab air, lensa kamera retak, bateri kembung, karat)

Harga akhir peranti lama anda, akan dinilai oleh pegawai bertauliah Huawei. Selepas itu, hanya bayar beza harga selepas ditolak dari nilai tebus tukar telefon lama, bagi mendapatkan Huawei Mate 8 serba baru.

Huawei Mate 8 dijual secara rasmi di Malaysia, pada harga RM2,099 untuk versi 3GB RAM & 32GB storan, dan RM2,399 untuk versi Premium 4GB RAM & 64GB storan. Di bawah ini, adalah senarai harga tebus tukar beberapa model telefon pintar:

senarai harga tebus tukar telefon lama kepada Huawei Mate 8

Untuk maklumat lanjut tentang program tukar tebus ini, lawati Facebook Huawei Mobile Malaysia.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: