Stor Apple Malaysia dedah harga rasmi iPhone SE

Share Button

Jika anda tertunggu-tunggu harga iPhone SE diumumkan secara rasmi di Malaysia, maka penantian itu amat berbaloi. Hari ini, Stor Apple Malaysia telah memaparkan harga rasmi iPhone SE di Malaysia, dengan harga permulaan di bawah RM2,000.

Hanya ada dua model iPhone SE, iaitu versi storan 16GB dan 64GB. harganya adalah seperti berikut:

iPhone SE 16Gb – RM1,949
iPhone SE 64GB – RM2,449

harga iPhone SE di stor Apple Malaysia

Apple akhirnya berjaya menjual telefon pintar iPhone baru, di bawah RM2,000. Rasanya pasti ramai yang bersyukur dengan pengumuman ini. Keempat-empat warna akan dijual di Malaysia, iaitu warna Perak, Emas, Kelabu dan Emas Ros. Tetapi tarikh mula jualan masih belum dipaparkan.

Usah khuatir, dengan makluman harga ini, menandakan ia semakin hampir untuk dijual di Malaysia. Paling lambat, ia akan mula dijual bermula bulan Mei depan. Dalam sebulan je lagi, tak lama pun.

empat warna iPhone SE - kelabu angkasa emas ros perak dan emas

Jika anda terlupa, iPhone SE adalah telefon pintar terbaru dilancarkan Apple. Ia menggunakan badan iPhone 5 yang direka 3 tahun lepas, tetapi dilengkapi kuasa dalaman iPhone 6S seperti CPU A9 64-bit bersama 2GB RAM. Butang Home dilengkapi pengimbas capjari Touch ID. Kamera iSight di belakang juga sehebat iPhone 6s, iaitu 12MP f/2.2 dengan True Tone Flash.

Kamera Facetime HD di depan hanya 1.2MP, mungkin kurang menarik untuk dibuat selfie. Tetapi dengan fungsi retina flash, selfie boleh menjadi lebih cerah. Skrin iPhone Se sangat kecil, hanya 4-inci dengan resolusi retina 1136×640 sahaja. Jika dah bias adengan telefon pintar 5.5-inci, boleh sakit mata dibuatnya skrin 4.0-inci ini.

iPhone 6s Plus (kiri) dan iPhone SE (kanan)iPhone 6s Plus (kiri) dan iPhone SE (kanan)

Bersiap sedialah nak beli iPhone SE ni tak lama lagi. Kalau rasa harga ni masih mahal, boleh juga bersedia untuk membeli menerusi telko seperti Celcom, Digi, Maxis & U Mobile yang bersiap sedia menjual. Telco-telco ini telah membuka pendaftaran minat di sini. Jangan lupa mendaftar untuk menjadi yang terawal menerima berita tentangnya.

Comments

Trackbacks

  1. […] Malaysia, iPhone termurah yang ditawarkan adalah iPhone SE 16GB, berharga RM1,949. Ia memiliki badan kecil iPhone 5, tetapi dengan perkakas dalaman dan kamera […]

Apa komen anda?