Permintaan Terhadap PC Berkurangan Dek Kegawatan Ekonomi

Selain daripada pasaran telefon pintar yang mengalami kelembapan, pasaran komputer peribadi (PC) juga tidak ketinggalan menerima tempias daripada kelembapan ekonomi masa ini.

Misalnya, bilangan penghantaran PC di seluruh dunia dijumlahkan sebanyak 64.8 juta unit pada suku pertama 2016, penurunan sebanyak 9.6 peratus berbanding suku pertama 2015, merujuk laporan Gartner, Inc. Ia adalah kali ke enam berturut-turut penurunan dicatatkan dalam suku tahun dan pertama kali, sejak 2007, penghantaran dilihat kurang daripada 65 juta unit.

gartner pc decline table

Jumlah penghantaran PC mengikut syarikat dan perbandingan suku pertama 2016 dengan suku pertama 2015. Tekan untuk perbesar

Ketua penganalisa daripada Gartner berpendapat ianya mungkin disebabkan oleh kelemahan pada nilai dollar A.S. Selain itu, tinjauan juga mendapati bahawa terdapat lambakan PC yang tidak terjual selepas musim krismas 2015.

Menurut jadual penghantaran PC seluruh dunia, Lenovo kekal di tangga pertama selaku pengedar PC terbesar dalam suku pertama 2016.

Dalam kes HP pula, selepas berpecah menjadi dua entiti iaitu Hewlett Packard Enterprise dan HP Inc. pada penghujung 2015, prestasi yang lemah dicatatkan pada penjualan PC dalam suku pertaa ini. Mereka juga mengakui ingin beroperasi di segmen yang lebih menguntungkan menyebabkan penurunan pada penjualan PC mereka.

Sementara itu, Dell pula mencatatkan penurunan sebanyak 0.4 peratus, penurunan paling sedikit berbanding syarikat gergasi ang lain.

Jika dilihat pada rantau Asia Pasifik pula, sebanyak 23.3 buah PC dihantar pada suku pertama 2016, penurunan sebanyak 5.1 peratus berbanding suku yang sama 2015. Keadaan ekonomi Tembo Besar yang rapuh dikuatkan lagi dengan permintaan yang lemah menjadi mangkin utama penurunan tersebut.

Permintaan yang berkurangan mungkin menifestasi jangka hayat PC yang semakin panjang atau pun kemajuan dalam industri cip silikon telah sampai pada hadnya sehinggakan prestasi komputer menjadi malar dan pengguna berkeputusan tidak mahu menaik taraf perkakasan masing-masing.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: