Pelan Celcom FiRST Platinum beri akses MAS Golden Lounge percuma

Selepas lama mempromosikan pelan FiRST Gold, hari ini Celcom memperkenalkan pelan yang direka khusus untuk mereka yang memerlukan lebih banyak data, bersama servis eksklusif untuk penggunanya. Celcom FiRST Platinum dengan caj RM150 sebulan, datang bersama panggilan dan SMS tanpa had serta 18GB data.

Pelan FiRST Platinum ini berfungsi hampir sama dengan FiRST Blue dan FiRST Gold. 18GB datanya terbahagi kepada dua, 9GB data boleh digunakan sepanjang masa, dan 9GB data lagi khusus untuk digunakan pada hari Sabtu & Ahad sahaja. Data Sabtu & Ahad ini, dipecahkan kepada 4 minggu, menjadi 2.25GB data pada setiap hujung minggu.

tawaran Celcom FiRST Platinum

Jika 9GB data sepanjang masa tidak habis digunakan, ia boleh dibawa ke bulan depan. Sehingga 9GB data yang tidak habis digunakan, boleh dibawa ke depan. Sebagai tambahan, Celcom turut memberikan 9GB data WiFiPlus, yang boleh digunakan di zon WiFi Celcom.

Bagi yang memerlukan data lebih dari kuota 18GB ini, ia boleh ditambah dengan Max Up 1GB berharga RM20. Bagi pengguna yang mempunyai bil melebihi RM225, Celcom akan memberi 1GB data tambahan percuma. Jika bil melebihi RM500 pula, 2GB data tambahan percuma diberikan. Tetapi, caj perayauan data tidak dikira di dalam ini.

Pengguna Celcom FiRST Platinum juga menerima tawaran eksklusif berupa 1 tahun langganan iflix percuma, 1 tahun langganan Zip-it-chat percuma, serta akses tanpa had ke servis penstriman lagu Yonder Music.

Celcom FiRST Gold dapat iflix percuma

Tetapi tawaran eksklusif terbaik FiRST Platinum, adalah akses percuma ke Malaysia Airlines Golden Lounge di KLIA. Ia boleh ditebus di lamanweb di sini. Selepas ditebus, ia perlu digunakan dalam masa 7 hari. Akhir sekali, nikmati segala kemudahan kelas perniagaan di dalamnya. Tetapi, setiap pengguna FiRST Platinum hanya diberikan 1 akses sahaja.

Satu lagi tawaran eksklusif untuk FiRST Platinum, adalah pelan perayauan Celcom WONDEROAM. Pengguna FiRST Platinum boleh melanggan WONDEROAM Harian RM38 yang terdapat di 165 negara, ataupun WONDEROAM Mingguan RM138 yang dibekalkan panggilan & SMS tanpa had, serta 3GB data. Celcom juga menjamin tiada kejutan bil semasa di luar negara, kerana sambungan data akan dihentikan jika bersambung ke talian yang bukan rakan Celcom di luar negara.

Kini lengkaplah pelan Celcom FiRST untuk pelbagai lapisan pengguna. Untuk lebih maklumat tentang pelan terbaru Celcom ini, layari lamanweb Celcom FiRST Platinum.

pelan Celcom FiRST Blue Gold dan Platinum

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: