Papan Apung Green Goblin Direalisasikan Zapata Racing

Zapata Racing®, sebuah syarikat yang menceburi bidang teknologi pendorongan air, telah membangunkan sebuah papan apung yang menggunakan pendorongan jet sebagai prinsip apungannya. Flyboard® Air adalah kesinambungan daripada papan apung siri Flyboard yang menggunakan jet air untuk menghasilkan tujahan.

Kebiasaannya, Flyboard akan ditambat ada satu pengepam air yang menyalurkan air naik ke platform melalui hos khas. Oleh sebab itu, ketinggian Flyboard konvesional terhad kepada panjang hos yang digunakan. Tetapi, Flyboard Air tidak memerlukan sebarang hos kerana ia membawa bahan pendorongnya yang tersendiri. Had ketinggian yang boleh dicapai oleh mesin ini adalah sehingga enjin gagal membakar bahan api akibat kekurangan oksigen.

Mesin itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu platform apungan, tangki bahan api dan pengawal. Tangki bahan direka seperti bentuk beg untuk digalas di belakang pengguna. Kerosen yang terkandung dalam beg bahan api disalurkan kepada empat turbin reaktor yang menghasilkan daya tujahan sebelum disalurkan pada nozzle tertentu pada platform apungan untuk menghasilkan tujahan dalam arah berbeza.

flyboard sport

Flyboard yang digunakan untuk tujuan rekreasi 

Papan itu sangat sukar untuk distabilkan. Pihak Zapata Racing telah menghabiskan empat bulan hanya untuk membangunkan algoritma penstabil khas untuk mengelakkan pengguna hoverboard terpelanting semasa bergerak. Sebanyak empat reaktor turbo dimuatkan pada papan ini dan ianya perlu dikawal kuasa untuknya bergerak bebas. Lagi pula, tahap kecondongan nozzle juga memainkan peranan dalam menstabilkan papan.

Berkaitan keselamatan, kesemua perkakasan mempunyai sandarannya yang tersendiri. Misalnya, mesin ini boleh didaratkan walaupun tiga daripada enjinnya telah mati manakala hanya tiga enjin diperlukan untuk terbang seperti biasa. Set pengawalnya mempunyai 3 saluran Wi-Fi bagi mengelakkan inteferens daripada gelombang luar dan 3 sensor digunakan untuk mengesan kegagalan sistem. Tambahan pula, semua ujian setakat ini dilakukan di atas sebuah tasik dan ia diuji oleh pengasas Zapata Racing sendiri, Franky Zapata.

Zapata penyifatkan bahawa mesin ini masih jauh perjalanannya dan belum sesuai untuk kegunaan awam. Oleh sebab ianya tersangat baharu dan pembangunan platform terapung seumpama ini tidak pernah dilakukan di mana-mana, mereka terpaksa melakukan kajian fundamental sendiri.

Papan apung bukanlah satu konsep yang baharu. Ianya dipopularkan dalam filem Back to the Future tahun 1989. Sejak itu, penginovasi berlumba-lumba meneroka teknologi yang memungkinkan sebuah papan terapung contohnya Hendo Hover. Sejak 2013, sebanyak 8 varian prototaip papan apung telah mereka hasilkan. Walaubagaimana pun, ia penggunaannya terhad pada permukaan besi kerana ia menggunakan konsep aruhan elektromagnet untuk mengapungkannya.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: