Nak Beli Telefon Terpakai? Ikut Petua Berikut Elak Tertipu

Pendahuluan

02Kadar pelancaran telefon pintar masa ini amatlah pantas. Tidak sampai setahun, puluhan model baharu dilancarkan. Jika ingin meluncur arus itu, memanglah kita akan terjelepok. Maka, ada baiknya kita perlahan-lahan mengayuh mengikut rentak sendiri.

Menggunakan telefon terpakai adalah satu alternatif yang bijak untuk tidak berbelanja besar tetapi masih mahu menikmati teknologi masa ini.

Tujuan kita membeli barangan terpakai adalah untuk berjimat. Tiada salahnya memakai bekas tangan orang lain jika kita membayar harga jauh lebih rendah daripada barang baharu. Oleh sebab itu, sedikit penyelidikan diperlukan sebelum mula memilih peranti yang diingini.

Fasa Mencari

Langkah pertama adalah untuk periksa harga pasaran peranti yang disasarkan. Banding beza harga peranti di beberapa laman web termasuklah laman web rasmi produk itu. Dapatkan harga purata peranti baharu sebagai titik rujukan.

mencari

Setelah beroleh harga rujukan, kita boleh mula menetapkan harga sasaran. Bergantung pada peranti, harga untuk produk terpakai mungkin berbeza-beza. Contohnya, peranti Android paling cepat mengalami susut nilai kerana setiap masa akan ada model baharu yang dilancarkan. Kita boleh mensasarkan antara 35 hingga 45 peratus harga lebih rendah daripada harga peranti baharu.

Berbeza pula dengan peranti keluaran Apple, mereka lebih perlahan mengemas kini iPhone mereka dan hanya Apple sahaja mendukung sistem operasi iOS. Hal ini menjadikan iPhone lebih perlahan susut nilainya. 25 peratus hingga 35 peratus adalah angka yang munasabah.

Selain daripada kedai yang menjual telefon terpakai, kita juga boleh mencari telefon secara dalam talian. Sekarang, terdapat banyak portal-portal yang ditujui oleh penjual barangan terpakai. Mudah, Carousell, dan Shopee ada menyediakan khidmat memasarkan barangan secara percuma. Menggunakan laman web memudahkan kita. Setiap carian boleh disusun mengikut harga dan lokasi.

Selain itu, media sosial juga digunakan ramai orang untuk beriklan. Facebook group, Instagram, dan Twitter sarat dengan individu yang ingin melepaskan barangan terpakai mereka. Caranya adalah menggunakan #tag tertentu untuk mencari utusan berkaitan barangan terpakai.

mudah

Contoh iklan menjual telefon terpakai di Mudah

Semasa menelusuri iklan-iklan ang berkaitan, beberapa faktor perlu diambil kira. Seeloknya, berurusan dengan penjual yang berhampiran dengan lokasi kita. Ia dapat memudahkan proses pertemuan. Jika penjual berada jauh daripada kita, khidmat kurier terpaksa digunakan. Kurier dan barangan elektronik bukanlah padanan yang sesuai lebih-lebih lagi jika berurusan dengan individu. Pastikan urus niaga dilakukan secara cash-on-delivery (COD).

Selepas menemui telefon yang sesuai. Kita boleh mula berhubungan dengan si penjual. Tetapkan masa dan tempat pertemuan. Tepati masa dan kekal komitedlah terhadap janji yang dibuat.

Fasa Pertemuan

Atur pertemuan di tempat yang selesa dan cerah. Lokasi yang berpendingin hawa boleh membantu dalam rundingan. Lokasi yang terang seperti kedai kopi atau taman permainan juga membantu kita sewaktu memeriksa peranti. Elakkan bertemu di tempat yang sesak seperti kedai mamak kerana ia boleh mengganggu rundingan.

meeting place 02

Lokasi pertemuan yang selesa menyumbang kepada rundingan yang berkesan

Jika bertemu di kedai makan, mana-mana pihak boleh memesan minuman untuk pihak yang satu lagi. Urus niaga membeli barang terpakai lebih-labih lagi elektronik akan mengambil masa yang agak lama kerana ia melibatkan pelbagai perkakasan.

Sila bawa bersama:

a. Lampu suluh.

b. Pengecas USB dan kable USB yang bersesuaian dengan peranti yang akan dibeli.

c. Laptop.

d. Kad SIM yang beroperasi. Pastikan jenis kad SIM sepadan dengan slot peranti, sama ada mikroSIM atau nanoSIM.

e. Fon kepala.

f. Kad mikroSD untuk memeriksa slot mikroSD.

Suluh semua port-port yang terdedah. Ambil sedikit masa dan jangan terburu-buru. Periksalah sekiranya ada sebarang calar atau kecacatan yang tidak dinyatakan dalam iklan. Kemudian, buka segala penutup port. Terdapat peranti yang baterinya boleh ditanggalkan. Periksa juga jika ada sebarang kesan air.

Jika berpuas hati dengan keadaan fizikal, pergi ke langkah seterusnya. Pasang pengecas yang hadir bersama pakej peranti (jika ada), atau gunakan pengecas dan kabel yang kita bawa. Periksa sama ada fungsi mengecas peranti masih elok. Masukkan kad SIM, pasang telefon dan periksa segala fungsi telefon dan sensor:

a. Periksa semua butang-butang fizikal seperti butang kuasa, butang bunyi, dan butang kamera (jika ada).

b. Periksa paparan untuk mencari piksel mati. Gunakan aplikasi YAMT (Android) atau Test & Check (iOS) untuk pastikan skrin sesentuh mampu menerima input serentak daripada 10 jari.

c. Buat panggilan telefon perubaan untuk periksa speaker telinga dan mikrofon. Cuba juga port audio menggunakan set kepada.

d. Periksa sambungan Wi-Fi.

e. Periksa sambungan Bluetooth.

f. Periksa keadaan speaker utama dengan metonton video daripada YouTube.

g. Periksa sensor. Beberapa aplikasi boleh digunakan untuk memeriksa sensor. Salah satunya adalah CPU-Z (Android) atau Sensor Kinectics (iOS). Sensor seperti akselerometer, magnetometer, suhu, barometer dan sebagainya boleh diuji menggunakan aplikasi itu.

h. Periksa GPS. Gunakan aplikasi seperti GPS Test (Android) atau GPS Status (iOS) untuk menguji samada peranti boleh dilihat oleh satelit.

i. Periksa fungsi storan dan mikroSD dengan menggunakan file explorer.

j. Periksa kamera hadapan dan belakang. Pastikan fungsi seperti autofokus laser, zum ke luar dan dalam.

Rundingan akhir

shake handJika kita berpuas hati dengan peranti itu, cuba runding untuk kurangkan harga peranti untuk beberapa ringgit.

Nyatakan kekurangan peranti yang boleh menyebabkan nilainya lebih rendah daripada yang diminta.

Lebihan wang yang diterima bolehlah digunakan untuk membeli sarung atau pelindung paparan yang baharu. Boleh juga gunakan wang itu untuk belanja si penjual minum. Yang penting adalah kedua-dua pihak berpuas hati dengan urus niaga.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: