Maxis pilih kasih?

Kecoh di laman siber Malaysia beberapa hari ini, menceritakan tentang tawaran tersembunyi dari Maxis. Ia bermula dari forum di Lowyat.net, perihal seorang pengguna berkongsi kisah tragisnya berkenaan Maxis.

Pengguna tersebut menyatakan, terdapat rakannya yang ditawarkan pelan yang tidak terdapat langsung di lamanweb Maxis, ataupun boleh ditemui di pusat khidmat Maxis. Ia berlaku apabila rakan pengguna tersebut yang menggunakan talian Maxis, berhasrat untuk bertukar ke Celcom.

Kemudian, rakan pengguna tersebut ditawarkan pelan khas yang tidak langsung terdapat di lamanweb Maxis. Terdapat beberapa tawaran yang diberikan iaitu:

  1. Galaxy Note 5 percuma, dengan komitmen RM128 sebulan (5GB data + panggilan & SMS tanpa had) serta 2 tahun kontrak.
  2. Komitmen bulanan RM88 tanpa kontrak (8GB data + panggilan & SMS tanpa had)
  3. Komitmen bulanan RM68 tanpa kontrak (5GB data + panggilan & SMS tanpa had)
  4. Komitmen bulanan RM68 tanpa kontrak (7GB data + panggilan & SMS tanpa had)

Pengguna tersebut agak berang apabila mendengar kisah rakannya, dan mula menguhubungi pusat khidmat Maxis. Beliau sendiri telah menggunakan Maxis selama 10 tahun, dengan 5 nombor Maxis berdaftar di bawahnya.

Jawapan yang diterimanya sangat mengecewakan, kerana pusat khidmat Maxis tersebut langsung tidak tahu tentangnya. Setelah beberapa lama di talian, beliau membuat keputusan untuk kekal menamatkan talian Maxis dan berpindah ke Celcom.

Maxis 4G LTE drift dalam BMW COVER

Sama seperti rakannya, tidak lama kemudian beliau dihubungi Maxis dan ditawarkan satu pelan lain, iaitu komitmen bulanan RM68 dengan 7GB data, serta panggilan & SMS tanpa had. Beliau memberitahu pemanggil Maxis tersebut, mengapa beliau bertanyakan perkara yang sama sebelum ini, tetapi tidak diketahui oleh pusat khidmat Maxis langsung.

Menurut pemanggil Maxis tersebut, tawaran ini khas kepada menerima jemputan sahaja. Tetapi beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut, dan kekal untuk bertukar ke Celcom.

Kisah di atas telah menjadi viral, dan memaksa Maxis untuk tampil memberi penjelasan rasmi. Apa yang Maxis nyatakan?

Anda mungkin telah membaca kisah tentang Maxis yang dibesar-besarkan di forum lowyat.net yang telah beredar baru-baru ini, apabila ia mula disiarkan pada 9 Mac 2016. Kami hanya mahu mengatakan bahawa ini tawaran tidak wujud seperti dalam keterangan tersebut.

Seperti mana-mana syarikat yang mempunyai data yang baik kepada pelanggan, kami sering mereka bentuk dan menjalankan kempen yang disasarkan berdasarkan faktor-faktor seperti tempoh, jenis-jenis perkhidmatan yang digunakan, sejarah pembayaran dan banyak lagi. Kempen-kempen yang disasarkan adalah untuk memastikan pelanggan dapat mencuba perkhidmatan yang pelbagai dan servis yang Maxis menawarkan.

Kadang-kadang Maxis menggunakan tawaran untuk merangsang percubaan perkhidmatan baru. Sekali-sekala kami juga menawarkan tawaran istimewa untuk mendapatkan pelanggan kami untuk mengalihkan ahli keluarga mereka mnejadi pelanggan Maxis atau untuk melanjutkan kontrak.

Selain itu, bersempena pengembangan 4G Maxis ke bandar-bandar di Sabah dan Sarawak, kami telah melancarkan satu promosi pengenalan 4G yang datang dengan lebih banyak data. Kami mahu penduduk Malaysia Timur menikmati pengalaman 4G dengan rangkaian yang dinaik taraf. Naik taraf rangkaian telah berlaku di bahagian lain di negara ini dan kini membawa prestasi yang dipertingkat ke 8 bandar-bandar di seluruh Malaysia Timur.

Kami rasakan, Maxis tidak mengendalikan masalah ini dengan tepat. Ramai pengguna Maxis kini telah naik angin, kerana tawaran Maxis ini tersembunyi, dan diberikan hanya kepada mereka yang mahu bertukar ke talian lain sahaja. Sedangkan mereka yang benar-benar setia, terus membayar pelan Maxis yang mahal.

Mengapa mahal? Ini kerana talian lain menawarkan perkara yang sama seperti pelan Maxis, dengan harga jauh lebih murah. Lihat perbandingan di bawah:

Celcom FiRST Gold – 5+5GB data, panggilan & SMS tanpa had = RM80/bulan
Digi Postpaid 98 – 7GB data, panggilan tanpa had = RM78/bulan
U Mobile Hero – 7+8GB data, panggilan tanpa had = RM70/bulan
MaxisONE 158 – 5GB data, panggilan & SMS tanpa had = RM158/bulan

Dapat dilihat, Celcom, Digi dan U Mobile menawarkan perkara yang hampir sama, pada harga separuh dari pelan Maxis.

Pelan MaxisOne dengan 4GB tambahan

Kembali kepada persoalan utama, mengapa Maxis hanya menawarkan pelan tersembunyi ini, kepada mereka yang mahu bertukar talian sahaja. Mengapa pengguna yang setia, tidak menikmati tawaran tersembunyi ini?

Maxis perlu jujur menjawab persoalan ini, atau akan terus menerima kritikan ramai. Mungkin berhenti memberi tawaran tersembunyi, atau lebih baik lagi, jadikan tawran tersebut secara rasmi terus. Lebih murah, lebih disukai ramai.

Kerana di luar sana, masih ramai yang percayakan kepada kualiti perkhidmatan dan rangkaian Maxis di Malaysia.

[SUMBER]

Kenyatan rasmi Maxis di Facebook:

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: