KDN pantau akaun Facebook & Twitter penyebar fahaman IS

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memantau lebih 1,000 akaun Facebook rakyat Malaysia, yang mungkin ada kena-mengena dengan kumpulan IS! Begitulah yang diberitahu kepada Dewan Rakyat oleh YB Masir Anak Kujat, Timbalan Menteri Dalam Negeri hari ini.

Menurut laporan New Straits Times yang TheSkop terbaca, bukan Facebook saja, malah beratus akaun Twitter, 50 website dan blog, turut termasuk dalam senarai pantauan KDN.

Menurut Masir lagi, KDN melalui polis sedang memerhatikan perkembangan akaun-akaun terbabit dan akan terus memantau platform-platform media sosial lain yang aktif dipergunakan militan IS demi menyebarkan ideologi yang terkeluar daripada ajaran Islam.

YB Timbalan Menteri KDN Masri KujatYB Masir Anak Kujat Timbalan Menteri Dalam Negeri

Bila dibaca lagi laporan ini, kementerian turut berkata hendak mempergiatkan kempen kesedaran mengenai IS melalui agensi-agensi berkaitan dan juga khutbah Jumaat.

Ini serius, geng. Jangan sentuh langsunglah bab IS ni. Kita bergembira dengan cerita teknologi saja sudahlah ya. Kalau bosan, google saja mengenai berita teknologi ekso-skeleton yang baru diluluskan FDA untuk kegunaan pesakit strok.

[SUMBER]

%d bloggers like this: