iPad Pro Muncul Di Laman Web Rasmi Apple Malaysia

Laman Apple Malaysia hari ini telah mengemas kini barisan iPad mereka.  Terbaharu,  iPad Pro 12.9 dan iPad Pro 9.7 telah menyertai yang lain.

Varian 9.7 termurah adalah versi WiFi 32 GB,  RM 2699. Versi WiFi+Cellular 256 GB adalah yang paling mahal,  RM 4699. Empat pilihan warna ditawarkan pada varian ini iaitu perak, merah jambu,  kelabu dan emas.

Varian 12.9 pula boleh dibeli pada harga serendah RM 3599 dalam versi WiFi sahaja. Pada RM 5599,  versi WiFi+Cellular adalah iPad Pro yang paling mahal. Berbanding iPad Pro 9.7,  varian 12.9 ditawaran dalam tiga warna, perak,  emas,  dan kelabu.

ipadpro malaysia comparison 2

Selain itu, terdapat juga dua lagi aksesori yang mula dijual di situ.  Smart keyboard adalah sarung pelindung dan papan kekunci dalam satu untuk iPad. Ia ditambat pada iPad melalui satu penyambung khas dan tidak memerlukan kuasa tambahan untuk menggunakannya.

Apple Pencil pula adalah stylus khas untuk iPad Pro. Jika setuhan jari tidak cukup jitu semasa melukis, pensel ini hadir untuk menyelamatkan keadaan. Dengan tahap kesensitifan yang tinggi, pengalaman menulis atas sebuah permukaan kaca terasa seperti menulis atas kertas fizikal. Ia juga boleh mengesan input jika pensel dicondongkan atau dikenakan tekanan yang berlainan.

ipadpro malaysia smart cover and pencil

Kedua-dua aksesori boleh mula dibeli melalui mereka pada harga RM799 (papan kekunci untuk 12.9-inci), RM699 (papan kekunci untuk 9.7-inci), dan RM469 (Apple Pencil).

Berkunjunglah ke laman rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: