HP Perkenal Sejumlah Pencetak Baharu

Pada satu acara di Macau, HP Inc. (HP) mengumumkan sejumlah pertambahan produk baharu dalam barisan pencetak OfficeJetPro, LaserJet Pro, dan PageWide mereka. Ia adalah acara pertama yang diadakan oleh HP selepas berpecah menjadi dua entiti iaitu HP Inc. dan Hewlett Packard Enterprise pada November tahun lalu.

Buat perniagaan kecil yang mencetak sehingga 2,000 halaman sebulan, pencetak Semua-dalam-Satu (MFP) HP OfficeJet Pro 8710/8720/8730/8740 mampu memberikan kualiti cetakan bertaraf professional tetapi pada kos 50% lebih rendah daripada pencetak laser.

Model 8720/8730/8740 hadir dengan rekaan “print forward”, inovasi terbaharu daripada HP Printing Experience Design Center. Ia meningkatkan kadar cetakan termasuklah semasa membuat cetakan dwihalaman dengan mengurangkan jarak yang perlu dilalui kertas semasa dicetak.

Selain itu, skema warna baharu yang menerima anugerah rekaan juga telah diaplikasikan pada pencetak ini untuk lebih serasi dengan persekitaran pejabat. Para pereka HP juga turut mendengar saranan pengguna setia produk mereka dengan menggodek bahagian pemungut cetakan supaya terlindung sepenuhnya untuk menjimatkan ruang sehingga 11 cm.

Jika anda memerlukan pencetak yang sesuai untuk kediaman atau mencetak sehingga 800 halaman sebulan, pencetak Semua-dalam-Satu HP OfficeJet Pro 6960/6970 pula boleh berkhidmat dengan jayanya dengan hasil cetakan pertaraf professional pada kos 50% lebih rendah daripada pencetak laser.

hp printer features

HP Laserjet Pro M377 dan HP OfficeJet Pro 8720

Buat penggemar yang inginkan hasil cetakan yang lebih tajam, pencetak laser HP LaserJet Pro M501 adalah pencetak monokroma untuk perusahaan kecil dan sederhana yang mencetak sehingga 6,000 halaman sebulan. Ia menggunakan tenaga elektrik paling rendah berbanding pesaingnya.

HP Color LaserJet Pro M377 pula adalah pencetak Semua-dalam-Satu untuk perusahaan kecil dan sederhana yang menghasilkan cetakan bewarna sehingga 4,000 halaman sebulan. Ia menawarkan prestasi yang terbaik dalam kelasnya, paling pantas mencetak sedari mode tidur, paling pantas melakukan cetakan dupleks, dan menggunakan tenaga paling rendah berbanding pesaing.

PageWide adalah jenama HP yang mendukung fungsi pencetakan ofset. Berbanding pencetak konvesional di kediaman, kepala pencetak mesin ini ditetapkan pada satu posisi dan selebar kertas yang ingin dicetak dan dakwat dialirkan melalui liang-liang tertentu untuk menghasilkan gambar tanpa perlu bergerak ke kiri dan kanan. Pencetak jenis ini lebih teguh kerana kurangnya komponen yang bergerak.

Pada acara itu juga, HP memperkenalkan beberapa model baharu dalam siri PageWide Enteperise Color, PageWide Pro 500 dan PageWide Pro 400. PageWide Enterprise Color 556 dan PageWide Enterprise Color MFP 586 disasarkan pada perusahaan kecil dan sederhana yang mencetak sehingga 15,000 halaman sebulan. Ia mampu mencetak sehingga 75 halaman seminit.

PageWide Pro 552dw dan PageWide Pro 577dw dikhaskan untuk perusahaan kecil yang mencetak sehingga 6,000 halaman sebulan dan mampu menghasilkan cetakan sepantas 70 halaman seminit. Akhir sekali, PageWide Pro 452dw dan HP PageWide Pro MFP 477dw. Mereka disarankan untuk perniagaan kecil yang mencetak sehingga 4,500 halaman sebulan dan berupaya mencetak sehingga 55 halaman seminit.

hp pagewide

HP PageWide Enterprise Color MFP 586,  HP PageWide Pro MFP 577dw, HP PageWide Pro MFP 477dw

Selain itu, HP juga memperkenalkan pencetak mudah alih pertama dunia yang mempunyai ciri-ciri Semua-dalam-Satu. OfficeJet 250 Mobile mempunyai rupa fizikal yang padat serta memiliki hayat bateri yang panjang. Mencetak daripada peranti seperti komputer liba, telefon pintar mahu pun tablet mejadi mudah menggunakan fungsi Wi-Fi Direct yang terbina padanya. Hal ini bermakna, pengguna masih boleh mencetak walaupun tidak memilki capaian internet.

hp officejet 250 mobile

OffieJet 250 Mobile

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: