EzyCourier lancar servis penghantaran ekspress ala Uber

Share Button

Mengambil kesempatan kemeriahan pameran Malaysia IT Fair 2016 di Pusat Pameran Mid Valley, ezyCourier Malaysia melancarkan perkhidmatan penghantaran kurier mereka. ezyCourier Malaysia menyertai 100 operator kurier di Malaysia, yang mendapat lesen kurier dari  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Komunikasi SKMM, Dato’ Ali Hanafiah Mohd Yunos. Ia disaksikan oleh Pengarah ezyCourier Malaysia, Encik John Gun.

pelancaran ezyCourier Malaysia dirasmika

ezyCourier menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspress, melalui penggunaan aplikasi mudahalih. Penggunaannya seperti aplikasi Uber. Lancarkan aplikasi, pilih jenis hantaran, masukkan alamat penghantar serta penerima dan akhir sekali, tetapkan bayaran.

Ejen ezyCourier berhampiran akan mengambil pesanan dan membuat penghantaran. Servis ezyCourier ini disediakan dari serendah RM6, dan boleh dihantar dalam masa 2 jam, di dalam Lembah Klang.

3 langkah mudah guna aplikasi ezyCourier

Pada masa yang sama, ezyCourier turut menjemput orang ramai untuk mendaftar sebagai ejen ezyCourier. Pendaftaran dibuka kepada individu yang mahu mencari pendapatan separuh masa, atau sepenuh masa. Ejen yang berdaftar boleh membuat hantaran menggunakan kereta, motosikal, basikal mahupun berjalan kaki.

Untuk mula menggunakan ezyCourier,  muat turun aplikasinya di Apple Appstore atau Google Playstore.  Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman web www.ezycourier.org atau Facebook ezyCourier Malaysia.

 

Apa komen anda?