Bebas merantau luar negara bersama Celcom WONDEROAM

Celcom yang kini hangat mempromosikan pelan FiRST Gold, hari ini mengumumkan satu pelan perayauan untuk pengembara Malaysia di luar negara. Ia diberi nama WONDEROAM.

Celcom WONDEROAM menawarkan satu kadar rata, mengikut pelan yang memenuhi keperluan pengguna yang berbeza. Terdapat 3 jenis pelan WONDEROAM dilancarkan iaitu:

WONDEROAM SOSIAL 1 Hari – RM10
WONDEROAM INTERNET 1 Hari – RM38
WONDEROAM INTERNET 1 Minggu – RM138

Celcom lancar WONDEROAM - dilancarkan

Celcom turut menjanjikan tiada kejutan bil kepada pengguna. Bermakna, walau apa yang terjadi di luar negara, pengguna hanya dicaj seperti yang tertera di pelan di atas. Tak perlu risau tersilap sambung talian yang bukan rakan Celcom, kerana ia akan menyekat data secara automatik.

 

Pelan WONDEROAM SOSIAL 1 Hari RM10 boleh dilanggan oleh pengguna prabayar Xpax. Ia boleh digunakan di 10 negara saja iaitu Singapura, Indonesia, Jepun, Hong Kong, Bangladesh, Sri Lanka, Taiwan, Kemboja, India dan Macau.  . Dengan pelan ini, pengguna menerima 1GB data untuk kegunaan Facebook, Twitter dan Whatsapp. Pengguna turut boleh menggunakan internet berkelajuan tinggi sebanyak 50MB, dan internet asas 50MB.

Celcom lancar WONDEROAM - harian RM1

 

Pelan WONDEROAM INTERNET 1 Hari RM38 pula boleh digunakan semua pengguna prabayar & pascabayar Celcom. Ia terdapat di 165 negara, dan menawarkan data berkelajuan tinggi bermula dari kuota 50MB. Pengguna  pascbayar akan dicaj RM38 di dalam bil, manakala pengguna prabayar perlu memastikan kredit RM38 tersedia.

Celcom lancar WONDEROAM - perbandingan celcom digi maxis u mobile

 

Pelan WONDEROAM INTERNET 1 Minggu RM138 pula adalah pelan khas untuk pengguna FiRST Gold, dan FiRST Platinum yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Ia menawarkan perayauan panggilan dan SMS tanpa had, dan 3GB data untuk kegunaan seminggu. Tetapi, ia terdapat di 10 buah negara saja iaitu Singapura, Indonesia, Jepun, Hong Kong, Bangladesh, Sri Lanka, Arab Saudi, Kemboja, India dan Macau.

Celcom lancar WONDEROAM - mingguan RM138

Selepas perang data dalam negara, syarikat telekomunikasi nampaknya mula membawa perang ke luar negara sekarang. Maxis telah melancarkan MaxisONE World dengan panggilan dan SMS tanpa had, serta kuota boleh dibawa ke luar negara dengan caj rata. U Mobile pula memperkenalkan U Data Backpack, memberi pengguna membawa kuota data ke luar negara, tanpa sebarang caj tambahan.

Walaupun tawaran harian Celcom bukan termurah, tetapi tawaran mingguannya nampak yang terbaik ada buat masa ini. Kalau makin banyak tawaran perayauan ni, tak perlu lagi bersusah payah beli kad sim luar negara lepas ni.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: