Acer Alpha Switch 12, Komputer Hibrid, Tiada Kipas Tetapi Sejuk

Selain Aspire S13, sebuah laptop 2-dalam-1 juga diperagakan semasa sesi sidang akhbar Acer di New York. Switch Alpha 12 adalah sebuah laptop yang sangat mudah alih. Daripada segi dimensi fizikal, Acer Switch Alpha 12 berukuran pada 292.1 mm x 201.4 m x 15.85 mm dan seberat 1250 g apabila digandingan dengan papan kekuncinya. Berat tabletya sahaja adalah 900 g.

Laptop ini menjadi kebanggaan Acer kerana ia adalah laptop 2-dalam-1 pertama yang tidak menggunakan kipas peyejuk, walaupun dikuasakan oleh Intel®Core™ i7, Core™ i5 dan Core™ i3. Penyejukan dilakukan menggunakan teknologi Sistem Penyejukan LiquidLoop™.

Bagaimana ia dilakukan? Mereka mengaplikasikan hukum gas. Gas mengembang apabila dipanaskan oleh haba yang terhasil daripada sistem elektroniknya. Pengembangan itu mencetuskan kitaran perpindahan cecair penyejuk untuk menyejukkan sistem.

acer liquid cool

 

Selain daripada ruang penyimpanan yang luas, serendah 128 GB hingga 512 GB menggunakan SSD, Alpha Switch 12 juga mempunyai slot mikroSD untuk meluaskan lagi storang pengguna.

Laptop ini juga serba boleh. Kickstand yang terdapat pada belakang badannya berfungsi sebagai penyangga. Papan kekuncinya pula boleh ditanggalkan daripada badan. Dua jenis kekunci disediakan Acer untuk dipilih, biasa atau yang mempunyai lampu latar. Jika ingin melukis, Acer Active Pen sedia menjadi pensel digital. Tambahan pula, kemas kini Windows 10 Annivesary bakal tiba yang akan membawakan perisian Windows Ink yang baharu.

Skrin sebesar 12 inci pada laptop ini sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak dan masih memerlukan komputer untuk melakukan kerja. Teknologi IPS dengan skrin beresolusi 2160 x 1440 berupaya menghasilkan gambar yang terang dan jelas.

Lubang-lubang yang hadir disekitar produk ini adalah seperti DispayPort, HDMI, 2 USB 3.1 Jenis-C, 3 USB dan lubang input untuk audio keluar dan mikrofon. Pada bahagian ketersambungan, terdapat Bluetooth 4.0 serta WiFi 802.11ac dengan 2×2 MU-MIMO.

Acer Switch Alpha 12 akan mula dijual di benua Amerika Utara bermula Juna pada harga sereandah $599, di Eropah bermula Mei pada serendah €699, dan China bermula Mei pada serendah ¥5,999.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: