U Mobile UPackage tawar iPhone dengan ansuran tanpa faedah

Selepas memperkenalkan U MicroCredit, pelan ansuran mudah untuk mendapatkan iPhone, kini U Mobile datang pula dengan UPackage. Ia adalah satu lagi bentuk ansuran mudah tanpa faedah untuk mendapatkan iPhone, kali ini dipakejkan bersama pelan telefon iPlan.

Pelanggan UPackage boleh mendapatkan mana-mana telefon iPhone sehingga iPhone 6s Plus, pada harga subsidi. Bayaran ansuran pula bleh dibuat dalam tempoh 24 bulan, tanpa sebarang caj faedah.

pelan iPlan U Mobile untuk prabayar dan pascabayar

Dua jenis pelan ditawarkan dalam UPackage, iaitu iPlan 90 dan iPlan 130. Kedua-dua pelan ini memberikan panggilan tanpa had ke semua talian, dengan SMS terhad. Data pula sebanyak 7GB untuk i90 dan 10GB untuk i130.

Dengan UPackage, iPhone 6s 16GB boleh dimiliki dengan ansuran bulanan RM188 sebulan, selama 24 bulan bersama pelan i90. Manakala iPhone 6s Plus 16GB pula, hanya RM210 sebulan untuk 24 bulan. Tiada faedah dikenakan, tetapi semua angka ini tidak termasuk GST.

UPackage U Mobile untuk iPhone

Langkah terbaru U Mobile ini memberikan ruang kepada pengguna, untuk mendapatkan iPhone bersama pelan hebat U Mobile, tanpa sebarang caj faedah. Walaupun U MicroCredit dilihat lebih mudah dipohon, ia masih mengenakan caj faedah.

UPackage dari U Mobile ditawarkan bermula hari ini dan meliputi semua model dan storan iPhone, dari 5c sehingga 6s Plus. Untuk maklumat lanjut serta syarat dan peraturan terkini, sila layari www.u.com.my/UPackage

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: