TP-link meluaskan perniagaan dengan melancarkan telefon pintar

Nama TP-Link selama ini hanya dikaitkan dengan peralatan rangkaian di rumah seperti modem dan router. Tapi ia akan dikenali lebih dari ini, kerana minggu depan TP-Link akan melancarkan barisan telefon pintar ke Malaysia.

Dikenali dengan nama Neffos, ia akan menampilkan tiga model telefon pintar iaitu C5L, C5 dan C5 Max. Kesemua telefon ini akan menggunakan sistem operasi Android.

TP-Link Neffos C5L Cover

Bermula dengan spesifikasi terendah, Neffos C5L memiliki skrin 4.5-inci, dan dikuasakan CPU Snapdragon 210. Ia dipadankan dengan 1GB RAM dan 8GB storan di dalam, dengan pilihan menambah storan menggunakan kad mikroSD.

Kamera utamanya 8MP, manakala kamera selfie 2MP. Tidak ketinggalan, ia menyokong rangkaian pantas 4G LTE, dengan kuasa dijana dari bateri berkapasiti 2,000mAh.

TP-Link Neffos C5 Cover

Model kedua adalah Neffos C5. Sesuai dikatakan ia adalah peranti kelas pertengahan, yang menggunakan CPU Mediatek MT6735 bersama 2GB RAM. Storan pula 16GB dan disertakan slot kad‎ mikroSD.

Skrin C5 berukuran 5.0-inci dengan paparan HD IPS.  Kameranya 8MP di belakang dan 5MP di depan. Bateri pula sebesar 2,200mAh.

TP-Link Neffos C5 Max Cover

Akhir sekali, Neffos C5 Max adalah peranti terbesar dengan skrin 5.5-inci menggunakan paparan IPS dan resolusi HD Penuh. Kuasanya dijana CPU MediaTek MT6753 yang bergandingan dengan 2GB RAM dan 16GB storan. Slot kad mikroSD turut tersedia.

Di bahagian kamera, ia dilengkapi sensor 13MP di belakang, dan 5MP di depan. Baterinya pula 3,045mAh.

Dalam jemputan media, TP-Link memaklumkan akan melancarkan dua model. Tetapi tidak mengesahkan model yang mana. Pelancaran ini akan berlangsung pada hari Rabu, 30 Mac 2016. Nantikan laporan lanjut dari Theskop.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: