Selepas WhatsApp, Facebook pula tinggalkan BlackBerry

Sudah jatuh, ditimpa tangga. Itulah yang dihadapi oleh bekas gergasi peranti pintar Blackberry. Sebelum ini, WhatsApp mengumumkan pemberhentian sokongan aplikasi tersebut terhadap semua platform BlackBerry. Kini, Facebook juga mengambil langkah yang sama.

Facebook dilihat memberhentikan sokongan aplikasinya di platform BlackBerry 10. Dalam kemaskini terbaru Facebook di Blackberry 10, ia tidak lagi memberikan aplikasi penuh, tetapi hanyalah pautan yang dibuka di pelayar sahaja.

Ia tidak ubah seperti menaip laman www.facebook.com terus di pelayar. Ini bermakna, tiada lagi notifikasi akan kelihatan di BlackBerry Hub, pusat segala notifikasi dan mesej di dalam BlackBerry.

jari ke bawah untuk BlackBerry 10 Classic

BlackBerry dikatakan sangat kecewa dengan langkah yang diambil Facebook, apatah lagi selepas pengumuman yang dibuat oleh WhatsApp. Kebetulan atau tidak, WhatsApp dimiliki oleh Facebook jua.

Bagaimanapun BlackBerry tidak akan berputus asa. Syarikat itu akan terus komited kepada pengguna dan pembangun, dan kini mencari alternatif kepada aplikasi yagn diberhentikan.

Tetapi dengan pelancaran BlackBerry Priv yang dikuasakan Android, keyakinan orang ramai sedikit tergugat. Kesediaan BlackBerry untuk terus memperkasakan BlackBerry 10 dilihat kurang meyakinkan, apatah lagi dengan ura-ura peranti baru BlackBerry, juga akan dikuasakan Android.

[SUMBER]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: