Tarikh PlayStation VR mula dijual, adakah Malaysia tersenarai?

PS VR - reka bentuk

Sony Computer Entertainment Inc (SCEI) bakal menjual topeng VR mereka yang disambung terus melalui PlayStation4 atau PS4 ke pasaran Jepun, Amerika Utara, Eropah dan Asia termasuk Malaysia pada harga kira-kira RM1,651 ($399) bermula Oktober nanti.

“Semenjak kami memperkenalkan PS VR pada Persidangan Pembangun-Pembangun Game 2014, kami menerima banyak maklum balas daripada pemain game dan pembangun,” kata Andrew House, Presiden dan CEO Global SCEI.

“Untuk memastikan kami benar-benar bersedia untuk memasarkannya, kami menetapkan tarikh Oktober untuk menjualnya. Kami berterima kasih kepada mereka yang sabar menanti kehadiran PS VR tersebut.”

PS VR - dari bawah

Sehingga kini, terdapat 230 pembangun dan penerbut yang bekerja keras untuk memastikan kandungan VR tersebut lengkap termasuk syarikat gergasi seperti 2K Games dan Ubisoft®.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 160 judul game sudah berjaya dihasilkan dengan lebih 50 daripadanya yang bakal diperkenalkan pada penghujung tahun nanti termasuk Eagle Flight (Ubisoft), EVE: Valkyrie (CCP Games), Headmaster (Frame Interactive), Rez Infinite (Enhance Games), Wayward Sky (Uber Entertainment), RIGS: Mechanized Combat League, Tumble VR, Until Dawn: Rush of Blood dan PlayStation®VR WORLDS (SCE WWS).

Tambahan lagi game yang dihasilkan Electronic Arts Inc., DICE dan Lucasfilm juga tidak ketinggalan dalam memperkenalkan game VR sepert Star Wars™ Battlefront™ (Electronic Arts Inc.).

Lebih menarik, PLAYROOM VR yang dikeluarkan SCE WWS akan didapati secara percuma jika pengguna memuat turunnya dari PlayStation Store.

PS VR - dari tepi

PS VR akan menyokong mod sinematik yang membolehkan kandungan pada skrin maya yang besar ketika memakai headset.

PS VR mempunyai dimensi 187 x 185 x 277mm dengan berat hanya 610g yang menggunakan paparan jenis OLED.

Saiz panelnya bergantung kepada 5.7-inci beresolusi 1920 x 1080 dan sudut pandangan sehingga 100 darjah. Antara antaramuka boleh disambungkan pada gajet ini termasuk HDMI, AUX dan jek headphone.

Tarikh pratempahan untuk PS VR bagaimanapun masih belum didedahkan lagi.

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: