PIKOM Fair kembali semula ke KL & JB tahun ini

Selepas lama menghilang, PIKOM akan melancarkan semula pameran komputer yang sangat popular dahulu kala, PIKOM Fair. Ia adalah satu langkah kecil, sebelum satu lagi pameran lebih besar, PIKOM Fair 3.0 diperkenal dalam tahun ini jua.

Pesta beli dan belah barangan IT & gajet ini akan diadakan di 2 lokasi. Di Kuala Lumpur, ia akan berlangsung pada 12 & 13 Mac 2016 di Kuala Lumpur Convention Centre. Manakala di Johor Bahru pula, ia diadakan pada 19 & 20 mac 2016 di Johor Persada Johor International Convention Centre. Masuk adalah percuma, dan ia dibuka dari jam 11 pagi sehingga 9 malam.

Satu perkara berbeza yang ditonjolkan pada PIKOM Fair baru ini, ialah penyertaan bersama Pameran Pendidikan FACON. Ia akan memperlihatkan bagaimana teknologi dan pendidikan boleh digunakan bersama.

Lebih banyak maklumat tentang PIKOM Fair 3.0 akan didedahkan dari masa ke semasa. Sementara itu, nikmati dulu PIKOM Fair yang diadakan minggu ini. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb PIKOM Fair dan ikuti Facebook PIKOM Fair.

Banner Pikom Fair 2016 dan FACON Education

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: