Perbandingan kamera Galaxy S7 edge menentang telefon pintar terhebat 2015

Pameran Mobile World Congress 2016 di Barcelona bulan lepas, menampilkan banyak teknologi dan peranti baru. Seperti tahun sebelumnya, Samsung tidak terlepas mengambil peluang kemeriahan pameran ini, untuk melancarkan peranti terbaik mereka, Galaxy S7 dan Galaxy S7 edge.

Dalam majlis pelancarannya, Samsung menekankan kehebatan kamera Galaxy S7, yang melangkaui apa yang terdapat di Galaxy S6. Secara peribadi, penulis sendiri merasakan Galaxy S6 adalah pakej kamera telefon terbaik untuk tahun 2015.

Sukar untuk dinafikan, kamera adalah perkara pertama menjadi pertanyaan apabila mahu membeli telefon pintar baru. Lebih-lebih lagi dengan ledakan media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter dan banyak lagi, menjadikan kamera di telefon pintar satu keperluan utama.

Kemudahan mengambil gambar yang bagus dengan pantas, kemudian terus dimuat naik ke media sosial di mana jua, menjadikan gandingan telefon pintar berkuasa tinggi dan kamera yang hebat sering menjadi idaman ramai.

Jadi, di sini kami bawakan telefon pintar Samsung Galaxy S7 edge, untuk dibandingkan kehebatan kameranya mengambil gambar, dengan telefon pintar hebat lain masakini iaitu:

Nexus 6P

iPhone 6S Plus

Sony Xperia Z5 Dual

Galaxy S6 edge+

kamera Galaxy S7 vs Nexus 6P iPhone 6S Plus Sony Xperia Z5 Dual dan Galaxy S6 edge+

 

[MUKA 2: Spesifikasi Kamera di Telefon Pintar]

[nextpage title=”Spesifikasi Kamera di Telefon Pintar”]

Galaxy S7 edge

Walaupun nombornya kelihatan menurun, sensor 12MP pada Galaxy S7 edge bukan bermakna kualitinya juga menurun. Samsung kali ini melengkapkan kamera Galaxy S7 edge dengan sensor dwi-piksel 1.4-mikron, serta apertur F1.7 yang lebih besar.

Menurut Samsung, gandingan baru ini menjadikan gambar 95% lebih cerah dalam persekitaran malap. Selain itu, ia dilengkapi autofokus pengesanan fasa (PDAF) dan juga penstabil imej optikal (OIS).

Untuk kamera depan pula, ia masih kekal dengan sensor 5MP, tapi apertur dibesarkan kepada F1.7 juga. Kali ini ia memiliki pilihan ‘Skrin Flash’, menjadikan skrin bercahaya penuh untuk menjadikan tangkapan selfie lebih cerah ketika suasana malap.

Nexus 6P

Gandingan Huawei dan Google ini mempergunakan sensor Sony 12.3MP di belakang, dengan saiz piksel 1.5mikron. Ia datang bersama apertur F2.0 yang baik untuk gambar kurang cahaya, tetapi tidak memiliki OIS.

Kaca hitam yang besar di belakang, tersimpan autofokus lazer dan PDAF. Di depan pula, ia dibekalkan sensor 8MP F2.4 dengan saiz piksel 1.4mikron. Kedua-dua kamera ini mempunyai fungsi HDR+.

Galaxy S6 edge+

Salah satu telefon pintar dengan kamera terbaik tahun lepas, adalah telefon Samsung sendiri. Galaxy S6 edge+ datang dengan sensor Sony IMX240 bersama satu LED Flash. Ia dipadankan dengan apertur F1.9 serta PDAF dan OIS.

Tangkapan di depan diuruskan oleh sensor 5MP F1.9 dengan lensa lebar 120-darjah. Ia juga datang dengan fungsi HDR.

iPhone 6s Plus

Salah satu jenama kegemaran pengambil gambar sosial di dunia, Apple memperkasa sensor baru 12MP F2.2 kepada kamera iSight di 6s Plus. Saiz pikselnya berukuran 1.22 mikron dengan teknologi OIS serta dwi-tona LED Flash.

Kamera FaceTime HD di depan pula dilengkapi sensor 5MP F2.2. Ia memiliki Retina Flash, fungsi yang menjadikan skrin bercahaya cerah untuk menerangkan tangkapan gambar selfie.

Sony Xperia Z5 Dual

Pengeluar sensor terbesar dunia ini memastikan kamera di telefon pintar mereka adalah yang terbaik, sekurang-kurangnya di atas kertas. Ia menggunakan sensor 23MP F2.0 bersudut lebar di belakang. Ia datang bersama satu LED Flash, autofokus PDAF dan fungsi HDR.

Di hadapan pula, ia menggunakan lensa 5MP 25mm bersudut lebar. Satu kelebihan utamanya ialah, boleh menangkap gambar dan merakam video di dalam air.

 

[MUKA 3: Perbandingan Gambar Galaxy S7 edge]

[nextpage title=”Perbandingan Gambar Galaxy S7 edge”]

NOTA: Klik gambar untuk melihatnya lebih besar. Klik pautan di bawah gambar untuk melihat gambar asal yang tidak diedit.

Gambar 1 (Kamera Belakang)

Perbandingan kamera Galaxy S7 edge - Gambar 1

Gambar asal: Nexus 6P, iPhone 6s Plus, Galaxy S7 edge, Galaxy S6 edge+, dan Xperia Z5 Dual

 

Gambar 2 (Kamera Belakang)

Perbandingan kamera Galaxy S7 edge - Gambar 2

Gambar asal: Nexus 6P, iPhone 6s Plus, Galaxy S7 edge, Galaxy S6 edge+, dan Xperia Z5 Dual

Gambar bonus, menggunakan lensa tambahan Telefoto dan Sudut Lebar di Galaxy S7 edge. Saksikan perbezaannya diambil dari posisi yang sama.

Perbandingan kamera Galaxy S7 edge - Gambar 2 - lensa tele dan lebar

Gambar asal: Lensa Sudut Lebar and Lensa Telephoto

 

Gambar 3 (Kamera Belakang)

Perbandingan kamera Galaxy S7 edge - Gambar 3

Gambar asal: Nexus 6P, iPhone 6s Plus, Galaxy S7 edge, Galaxy S6 edge+, dan Xperia Z5 Dual

 

Gambar 4 (Kamera Belakang)

Perbandingan kamera Galaxy S7 edge - Gambar 4

Gambar asal: Nexus 6P, iPhone 6s Plus, Galaxy S7 edge, Galaxy S6 edge+, dan Xperia Z5 Dual

 

Gambar 5 (Kamera Belakang di persekitaran malap)

Perbandingan kamera Galaxy S7 edge - Gambar 5

Gambar asal: Nexus 6P, iPhone 6s Plus, Galaxy S7 edge, Galaxy S6 edge+, dan Xperia Z5 Dual

 

Gambar 6 (Kamera Depan di persekitaran malap)

Perbandingan kamera Galaxy S7 edge - Gambar 6

Gambar asal: Nexus 6P, iPhone 6s Plus, Galaxy S7 edge, Galaxy S6 edge+, and Xperia Z5 Dual

Galaxy S7 edge dan iPhone 6s Plus dilihat lebih cerah, kerana ia mempunyai fungsi ‘Skrin Flash’, menjadikan skrin bercahaya penuh. Peranti yang lain tidak memiliki fungsi ini.

 

Gambar 7 (Kamera Depan)

Perbandingan kamera Galaxy S7 edge - Gambar 7

Gambar asal: Nexus 6P, iPhone 6s Plus, Galaxy S7 edge, Galaxy S6 edge+, dan Xperia Z5 Dual

 

Dari tujuh sampel gambar di atas, adakah Galaxy S7 edge berjaya menjadi lebih baik dari Galaxy sebelumnya. Bagaimana pula perbandingan gambar Galaxy S7 edge dengan jenama lain? Luahkan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: