Kembara ke seluruh dunia mencari Wanda dan menangi Zenfone Zoom

Sempena pelancaran telefon pintar Zenfone Zoom, ASUS melancarkan satu peraduan dalam talian bagi merancakkan lagi dunia fotografi telefon pintar. Menggunakan inspirasi dari Zenfone Zoom yang memiliki zum optikal di dalam badan telefon yang nipis, peraduan ini membawa pemain mengembara ke seluruh dunia, untuk mencari Wanda yang misteri.

Peraduan Zoom to Wanda membawa peserta mengejar Wanda ke seluruh dunia. Wanda adalah seorang pengembara yang gemar berkongsi penjelajahannya serta pengalaman makanannya, menerusi lensa Zenfone Zoom kegemarannya.

menangi zenfone zoom dengan wanda

Hadiah utama untuk peraduan ini menawarkan 20 unit telefon pintar Zenfone Zoom. Zenfone Zoom adalah telefon pintar dengan kamera hebat, memiliki 3x zum optikal dan lensa HOYA. Sensornya 13MP yang bergandingan dengan dwi-tona LED Flash dan autofokus lazer yang pantas. Ia juga berkuasa sehebat komputer, dengan CPU Intel Atom 64-bit, 4GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Jadi, apa yang perlu dibuat untuk menyertai peraduan Zoom to Wanda ini? Pertama, pergi ke lamanweb peraduan Zoom to Wanda. Daftar maklumat peribadi untuk memulakan permainan. Dari sini, mulakan mencari Wanda di bandar-bandar utama seluruh dunia, dengan menggunakan kuasa zum optikal 3x di Zenfone Zoom.

Zoom To Wonda dengan Zenfone Zoom - kyoto

Di setiap bandar, pengguna perlu mencari Wanda dan menangkap gambar beliau menggunakan zum optikal Zenfone Zoom. Selain itu, peserta boleh mendapat markah bonus dengan menangkap gambar 9 pemilik instagram popular di asia antaranya:

Simone Bramante (@brahimino) di Itali
Ritesh Uttamchandani (@riteshuttamchandani) di India
Takashi Yasui (@_tuck4) di Jepun.

Peserta yang berjaya menangkap pengguna instagram yang tersembunyi, layak untuk menerima hadiah misteri, di antaranya telefon pintar Zenfone Zoom itu sendiri.

Peraduan Zoom to Wanda ini terbuka kepada peserta di seluruh dunia, dan akan berakhir pada 17 April 2016. Mulakan mengumpul mata sebanyak mungkin dengan menangkap gambar Wanda dan rakan-rakan, untuk tersenarai di dalam 20 markah tertinggi untuk memenangi Zenfone Zoom.

Layari lamanweb peraduan Zoom to Wanda untuk memulakan pengembaraan mencari Wanda.

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: