Ion Smart Touch fungsi unik Leagoo Alfa 2

Leagoo sekali lagi melancarkan telefon pintar yang memiliki banyak fungsi unik, tanpa harga yang membebankan. Leagoo Alfa 2, mula dijual hari ini pada harga hanya RM449, termasuk GST.

Fungsi unik yang terdapat pada Alfa 2, ialah fungsi touchpad di belakang, yang diberi nama ‘Ion Smart Touch’. Ia boleh digunakan sebagai kawalan sentuhan seperti di atas skrin depan.

Skrin boleh dihidupkan dengan dua kali ketukan, serta mengaktifkan aplikasi dengan cara yang sama. Ia juga boleh digunakan untuk mengambil gambar seperti selfie.

ion smart touch di leagoo alfa 2

Badan Alfa 2 menggunakan kerangka besi, dengan kemasan plastik di belakang. Tebalnya hanya 7.99mm dengan berat 140.1 gram. Ia mempunyai bateri yang tidak boleh ditanggal, berkapasiti 2,600mAh yang dijangka mampu bertahan sehingga sehari.

Kuasa Alfa 2 diperoleh dari CPU 4-teras 1.3GHz, bersama 1GB RAM. Storannya juga agak luas, 16GB dengan pilihan tambahan melalui slot kad mikroSD sehingga 32GB.

Leagoo Alfa 2 - dwi led flash belakang dan led flash depan

Skrin Alfa 2 pula sebesar 5-inci, menggunakan paparan IPS dengan resolusi HD. Ini menjadikan kepadatan pikselnya 294 PPI. Menambah tarikannya, adalah penggunaan kaca 2.5D, memastikan skrinnya licin dengan lengkungan di sisi.

Kamera Alfa 2 juga tidak kurang hebat. Ia dilengkapi sensor 13MP di belakang, bersama dwi-tona LED Flash. Di depan pula, sensornya 5MP tetapi dipadankan dengan LED Flash untuk selfie lebih cerah.

empat warna leagoo alfa 2 - biru putih emas pink

Alfa 2 turut dikuasakan Android 5.1 Lollipop, dengan antaramuka rekaan terbaru Leagoo OS 1.1 Lite.

Telefon pintar mampumilik Leagoo Alfa 2, mula dijual di Malaysia hari ini pada harga RM449 termasuk GST. Ia didatangkan dalam 4 warna bergaya iaitu biru gelap, putih, emas dan merah jambu. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Leagoo Alfa 2.

 

LEAGOO Alfa 2 -The Revolution of Selfie ExperienceNantikan Kemunculan Alfa 2 pada 7 March ini !!-Ion Smart Touch-13MP SONY Camera + True Tone LED Flash -5MP Front Camera + Front LED Flash -Quad Core Processor-1GB RAM + 16GB ROM -Android Lollipop 5.1 -5 inch HD Display -Arc Edge Design -Dual SIM Dual StandbyDapatkannya dengan RM449 pada Isnin di Pengedar-pengedar LEAGOO berhampiran anda !!#LEAGOOMalaysia #Practical #Affordable #Stylish #AlfaSeries #Alfa2 #IonSmartTouch #ArcEdge #HD #TrueToneFlash #FrontFlash #Android #Lollipop #Smartphone

Posted by Leagoo Malaysia on Thursday, March 3, 2016

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: